Baru-baru ini Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menuduh orang
UMNO mungkar, tetapi hakikatnya dia sendiri telah melakukan empat
kemungkaran besar. Hal ini didedahkan oleh bekas Pengerusi Biro Agama
Pemuda UMNO, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin dalam satu temuramah bersama
Agendadaily di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada pagi Jumaat.
"Menuduh orang UMNO mungkar adalah satu tohmahan yang besar kerana ia
bermakna menolak apa yang diperintah oleh Allah S.W.T dan diajar oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Seseorang yang menuduh orang lain mungkar tanpa
bukti bermakna dia juga telah melakukan kekufuran," kata Shamsul.
Menurut Shamsul, Nik Aziz tidak akan melafazkan perkara itu melainkan
dia sendiri telah melakukan perkara-perkara mungkar. Shamsul seterusnya
mendedahkan kemungkaran yang telah dilakukannya oleh Nik Aziz yang
dipaparkan dalam YouTube.
Shamsul berkata, kemungkaran pertama yang dapat dilihat dalam rakaman
di YouTube apabila Nik Aziz mengatakan Allah tidak mempunyai hak mutlak
ke atas syurga dan neraka.
"Di sini Nik Aziz telah memperkecilkan kuasa Allah. Dia juga
menghujahkan kalau seseorang itu buat baik, Allah mesti balas dengan
baik dan kalau orang buat jahat Allah kena balas dengan jahat kerana
allah telah berjanji. Ini jelas menunjukkan betapa sesat dan mungkarnya
Nik Aziz. Janji Allah adalah hak mutlak Allah. Suka hati Allah nak nak
letakkan sesiapa di dalam syurga mahupun neraka. Walaupun orang itu
berdosa, Allah berhak
mengampunkan dosanya dan memasukkannya dalam syurga.
"Nik Aziz kata syurga dan neraka bukan hak mutlak Allah dan pada masa
yang sama ia mengatakan kalau orang pangkah PAS dalam pilihanraya akan
datang, dia akan masuk syurga. Adakah syurga telah berpindah milik
daripada Allah kepada PAS?"
Shamsul berkata, kemungkaran kedua yang dilakukan oleh Nik Aziz yang
juga boleh disaksikan di YouTube ialah apabila dia mengatakan Allah
"bersila lendik" di atas Arash bermakna seolah-olah dia menyamakan Allah
duduk di atas Arash seperti "Tok Pekong" Buddha.
"Ini satu kemungkaran yang nyata. Allah tidak boleh disamakan dengan
apapun. Bagaimana orangyang sesat akidahnya ini boleh menjadi Musyridul
Am yang bermaksud penunjuk jalan yang terbesar dalam sebuah parti di
mana semua orang kena ikut cakap dia?"
Shamsul berkata, kemungkaran ketiga yang telah dilakukan oleh Nik
Aziz ialah apabila dia mempertikaikan faedah membuat sambutan Maulidur
Rasul.
"Dia kata lebih baik buat ceramah atau program lain kerana dia
menganggap Nabi Muhammad macam mamat-mamat lain di kampung. Nik Aziz
telah menghina Nabi dan Allah apabila dia berkata Allah hanya melihat
Nabi ketika dia berusia berusia 40 tahun.
Kononnya kebetulan
Allah sedang memerhatikan dunia dan nampak seorang yangbaik, maka dia
lantik orang itu menjadi Rasul. Ini bermakna, kalau Allah jumpa orang
lain dia akan lantik orang lain. Sedangkan berita mengenai kedatangan
Nabi Muhammad telah disebut dalam Al-Quran dan Allah telah memberitahu
kedatanganya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya. Ini adalah
satu kemungkaran yang amat besar," katanya lagi.
Menurut Shamsul, kemungkaran keempat yang dilakukan oleh Nik Aziz
ialah apabila tersiar berita menenai Ustaz Budak atau nama sebenarnya,
Shamsul Zaman Sukri yang telah menyamakan Nik Aziz dengan Nabi Muhammad
beberapa tahun dulu.
Katanya Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Ustaz Budak itu
dengan selamba menjawab "itu adalah pendapat dia, bukan saya kata".
Shamsul berkata Nik Aziz tidak pernah menafikan anggapan Ustaz Budak
atau mendakwanya di mahkamah. Katanya tindakan Nik Aziz itu seolah-olah
mengiyakan dakwaan Ustaz Budak itu dan dia merasa selesa dianggap
sebagai Nabi.
"Nik Aziz mendakwa UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkar
kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam, atau lebih spesifik lagi,
hukum Hudud. Tetapi pernahkah Nik Aziz menganjurkan simposium atau
penerangan kepada masyarakat mengenai hukum Hudud dan cara
perlaksanaannya?
"Apa yang Nik Aziz buat untuk menerukan agenda melaksanakan
undang-undang Islam? Tak adapun pemimpin PAS menyebutkan mengenai hak
dan kedudukan orang Islam di hadapan pemimpin DAP dan Keadilan yang
tidak beragama Islam. Apa yang dibuat oleh PAS ialah kemungkaran dan
pecah belah. Mereka hanya mahukan jawatan politik dan kemenangan dalam
pilihanraya," katanya.
Shamsul berkata dia juga hairan dengan sikap Nik Aziz yang
mempertahankan Haji Hadi Awang yang didesak oleh golongan Mufti supaya
menarik balik amanat yang dibuat pada 1981 yang menuduh UMNO kafir.
"Siapa Hadi untuk dipertahankan amanatnya? Dia orang alim besar? Wali
keramat? Tok guru hebat? Mengapa Nik Aziz pertahankan Hadi sedangkan
dia berpeluk dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang bersubahat
dengan Ambiga dalam soal kemungkaran seperti LGBT?"