Sunday, 29 April 2012

SENARAI NAMA & GAMBAR POLIS DISERANG LEMBU BERSHIT 3.0!!!

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.
4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.


5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.


6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

 7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.
 9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

 10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

Lembu bershit 3.0 kecut perut berhadapan dengan seorang peniaga!!

Seorang peniaga yang menjadi mangsa kepada BERSHIT 3.0 bengang kerana perjuangan jihad beliau untuk mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarganya di jadikan tempat bagi lembu-lembu bershit merusuh.


Polis, wartawan berani lak pukul belasah, teranjang, abang ni ajak lawan dia sorang semua kecut perut,dah nampak target dan sasaran mereka untuk menghuru-harakan MALAYSIA


Kesian kepada Polis yang selama ini menjaga keamanan negara dijadikan tempat untuk disepak, terajang oleh mereka.

hargailah keamanan yang ada...

BERSIH 3.0-Dimana nilai kemanusiaan, dibelasah hampir 30 perusuh!!

Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.

Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.

Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.

Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.

Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.



Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.

Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.

Ketika artikel ini ditulis, Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



sumber mynewshub

Saturday, 28 April 2012

VIDEO Kereta polis diterbalikkan, Polis dipukul, senjata polis dirampas oleh Lembu Bersih 3.0!!!

INILAH DUDUK & BANTAH keganasan dan kekejaman Lembu-lembu BERSHIT 3.0!!! Polis di pukul di teranjang oleh puak-puak Lembu yang tidak ada hati perut.. anak-anak bangsa yang sudah hilang akal kerana hasutan ANWAR PENGKHIANAT!!!


Ini juga adalah gara-gara nik Ajis manusia yang betopengkan agama memberi fatwa Bersih Wajib!!! dan Mat Sabu mengeluarkan Fatwa SESAT menyatakan "Hari ini jika mati sekalipun kita mati Syahid. Biar kita mati Syahid hari ini merampas Dataran Merdeka"


ALLAH S.W.T DAH NAK TUNJUK APA YANG MEREKA LAKUKAN terhadap ANAK_ANAK BANGSA MEREKA SENDIRI.... MOGA DOSA-DOSA MEREKA DIAMPUNKAN... 


Merujuk kepada RBF ONLINE , Difahamkan seorang anggota polis trafik yang cedera dipukul perusuh kini berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di ICU HKL. 


Doa rakyat Malaysia amat diharap-harapkan. 

Lembu Bersih 3.0 Tendang Kereta Polis!!! duduk bantah? (VIDEO)

INILAH Demonstrasi yang dikatakan duduk dan bantah, dengan memaki hamun dan caci maki Polis, bukan setakat itu malahan lembu-lembu bersih 3.0 ini bertindak ganas dengan menendang kereta polis menujukkan sikap mereka yang aman lagi damai, dan tepat skali dengan tema mereka duduk dan bantah




inilah lembu-lembu bersih yang diperbodohkan oleh anwar pengkhianat

malahan sumber dari Papagomo :-

Ucapan dari kOMUNIS Mat Sabu tadi menyatakan "Hari ini jika mati sekalipun kita mati Syahid. Biar kita mati Syahid hari ini merampas Dataran Merdeka"

Nah itulah mereka yang taksub tahap gaban sampaikan menentang Kerajaan dianggap Mati Syahid. Bodoh dan tak berakal mereka ini.

Apa pun syabas pihak PDRM yang sejak semalam berjaya mengawal emosi walaupun diprovoks begitu hebat oleh puak berSHIT. Syabas Abang PDRM, anda semua wira negara.

ZOO kemaman Pembohong Bersiri kena tibai dengan MB Terengganu (VIDEO)

Pembohong bersiri Syed Azman Adun PAS Batu Buruk sekali lagi kena bantai dengan MB Terengganu, kerana fitnah yang melampau dari Syed Azman, PAS cuba memfitnah dalam penipuan ceramah-ceramah PAS tapi akhirnya gagal apabila pembohongan ini telah dibongkar oleh MB Terengganu.

apa pun kita layan dulu Video Pembohong bersiri ini kena bantai dengan MB Terengganu...


inilah ZOO yang dimaksudkan..


so apa pendapat anda, Orang PAS kalau rasa nak tengok Binatang-binatang ni, sila lah datang zoo ini semua, tidak kira untuk orang UMNO atau PAS, semua boleh masuk...

meh kita baca apa fakta sebenar mengenai zoo kemaman sumber dari teganukita

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, Zoo di Kemaman menerima 5,000 pelawat sebulan sejak ia dibuka sepenuhnya tahun lalu.

“Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, seramai 19,899 orang telah berkunjung ke zoo berkenaan berbanding tahun lepas seramai 59,066 orang,” katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Batu Burok) di sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Manakala pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berjaya membuat kutipan hasil tahun lalu mencecah RM490,699 dan kutipan tiga bulan pertama tahun ini adalah RM188,317.

Beliau kemudiannya menyangkal dakwaan pihak pembangkang, bahawa kerajaan belanja terlalu besar untuk memelihara binatang daripada menjaga kebajikan rakyat.

“Perbelanjaan pembinaan untuk zoo yang bermula sejak 1998 adalah RM9 juta dan tambahan RM5 juta dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini (2011/2012) untuk menyiapkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai yang berkunjung ke zoo itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM14 juta,” katanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad meminta pemimpin pembangkang belajar berfikir secara positif serta menilai secara teliti terhadap usaha kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Katanya, kini pihak zoo telah menjadi ‘parnership’ Jabatan Perhilitan dengan membekalkan beberapa jenis binatang secara percuma dan setakat ini 12 ekor singa telah dihantar ke zoo manakala tapir dan orang utan juga akan dihantar.

Menurutnya pelawat datang ingin melihat secara dekat pelbagai binatang yang ada di zoo dan tidak pernah dilihat di mana-mana pun dan sambil itu mereka turut berbelanja di kedai-kedai makan dan membeli cenderahati di kedai kepunyaan penduduk tempatan.

“Ini merupakan strategi kerajaan melakukan penambahbaikan bagi menarik orang datang ke tempat kita, jangan asyik fikirkan yang buruk saja,” katanya.

Saya minta pemimpin pembangkang cuba ubah cara berfikir untuk jangka masa panjang, hari ini betul kita ada hasil minyak dan gas untuk membantu rakyat dan anak-anak kita sambung belajar tapi suatu masa mungkin minyak dan gas sudah tidak ada lagi.

Kita ingin melihat Terengganu terus dikunjungi orang ramai untuk masa-masa akan datang dengan menyediakan pelbagai perancangan termasuk dalam bidang pelancongan sebagai sumber pendapatan baru negeri.

lain kali jangan main tuduh-tuduh, fitnah.. bukan jadi munafik yang bertopengkan agama..

Thursday, 26 April 2012

Syed Azman jadikan Pelajar Mangsa Fitnah Pembohongan siri ke 6

Hari ini BOS dimalumkan bahawa Syed Azman Sekali lagi meneruskan tradisi Pembohongan bersiri kali ke 6 dalam kerekternya sebagai pembohong bersiri Syed Azman telah menjadikan seorang pelajar Terengganu yang  tidak bersalah sebagai mangsa fitnahnya.

Tiba-tiba di dalam Persidangan DUN yang lepas Syed Azman tanpa takutkan tuhan mengeluarkan kenyataan bahawa Wan Mohamad  Azmi Ahmad diberi pinjaman oleh yayasan Terengganu tanpa kelayakan yang cukup dan berlaku penyelewengan dalam pemberiaan ini.

YAB Menteri Besar Terengganu semasa penggulungan mempertahankan kredebiliti Yayasan Terengganu dalam kelulusan ini.

Beliau  seterusnya meminta bentara dewan menyampaikan keputusan salinan keputusan peperiksaan A level kepada Syed Azman, Penama memperolehi keputusan A Level 2A 1B mengatasi syarat kelayakan yayasan 1A2B.

Disini Syed AZMAN dilondehkan sekali lagi dengan pembohongan bersiri beliau kali ke 6  yang sememangnya sejahat-jahat manusia yang suka mereka fitnah dan memalukan rakyat Terengganu.

Tinjauan fitnah krew BOS ke Yayasan Terengganu mendapati seorang bekas Pegawai Kanan Yayasan Terengganu beberapa hari sebelum ini telah meminta maklumat berkenaan yang disalurkan kepada Syed Azman.

Pihak Yayasan memaklumkan sebelum ini memang terdapat anak Pegawai Tinggi Kerajaan Kerajaan Negeri yang tidak memenuhi syarat diberi Peluang  melanjutkan pengajian ke Ireland serta seorang lagi dengan cara tidak telus ke Indonesia.



Wednesday, 25 April 2012

Demontrasi PAS TERENGGANU rakyat jadi 'Boneka' kayu ukur Pilihanraya

Pemimpin PAS takut pada bayang-bayang sendiri! Kerana memikirkan untung nasib pemimpin parti itu pada pilihan raya umum ke-13 kelak, banyak perkara aneh akan mereka lakukan.

Ceramah besar-besaran, perhimpunan, demontrasi dan naikkan bendera ‘bulatan tin biskut’ antara dilakukan jentera PAS bagi menguji sejauh mana parti itu boleh menang atau tersungkur lebih awal pada PRU ke-13.

Bukan sesuatu yang aneh, apabila pemimpin PAS mengumumkan untuk mengadakan siri demontrasi, kerah anak dan isteri untuk berarak di atas jalan raya.

Walaupun berkopiah dan berjubah, batang tubuh penyokong PAS begitu sinonim dengan mulut yang menghamburkan fitnah dan cacian sambil mengangkat sepanduk, kain rentang yang memaparkan segala yang kononya zalim dan kejam milik Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam usaha PAS menawan Terengganu, isu kononnya berlaku rampasan tanah dan kezaliman kepada rakyat dijaja serata negeri dengan harapan, rakyat bersimpati dan memberi undi kepada PAS.
Soal fitnah dan putar belit bukan lagi menjadi perkiraan pemimpin PAS kerana apa yang penting PAS mahu lebih ramai pemimpin parti itu menjadi wakil rakyat.

Penganjuran demontrasi di hadapan Wisma Darul Iman pada Selasa lalu sekadar mahu tunjuk kuasa dan keangkuhan bahawa rakyat bersama pemimpin PAS!

Sasaran mahu mengumpul 50,000 penyokong berhimpun dan berarak cukup memalukan! Walaupun sekitar 1,500 yang hadir, akhbar Harakah memberi gambaran 5,000 manakala portal pro-PAS meletakkan 10,000 yang datang membantah.

Soal kehadiran alat propaganda PAS boleh berbohong, apatah lagi perakara lain yang melibatkan perundangan dan peraturan pengambilan serta pemilikan tanah.

Sampai bila pemimpin PAS mahu memperbodohkan penyokong mereka dengan fakta-fakta yang tidak tepat serta andaian politik yang tidak masuk akal.

Apa yang penting, penyokong PAS yang pernah menerima ‘anugerah’ tanah percuma pada zaman pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 perlu menilai samada ia adalah hak dirinya atau milik orang lain.

Adakah tanah anda dan bukannya tanah orang lain yang terpaksa diambil balik untuk pembinaan jambatan atau laluan lebuh raya untuk kemudahan awam biarpun awalnya anda bersetuju melihatkan kadar imbuhan.

Mungkin juga tanah haram yang anda teroka atau tanah tol yang telah anda cop sebagai tanah pusaka akan dibangunkan projek perumahan atau tapak perusahaan biarpun anda dijanjikan tempat tinggal dan pampasan setimpal.

Atau mungkin anda merasa benci kerana parti yang anda dokong dengan 'kemah keming' dikatakan sesat oleh pimpinan negeri sedangkan anda sudah tercium haruman syurga kerana pahala yang dijanji.
Mereka akan membela anda secara berkelompok dengan berkumpul di jalanan, membawa sepanduk dan melaung-laungkan kecaman sambil bertakbir dan digamatkan lagi dengan ucapan lantang dan garang melalui pembesar suara.

Mungkin juga memorandum akan diserahkan dan anda akan dianggap sebagai mangsa kekejaman, kezaliman, penindasan, ketamakan, kerakusan kerajaan dan pucuk pimpinan.

Semua ini akan diratibkan pada ambang pilihan raya dan di bandar raya Kuala Terengganu ini ia sudah bermula minggu lalu, cukup untuk rakaman blog-blog dan YouTube untuk mensensasikan keadaan.
Seorang kenalan berkata, silapnya kerajaan negeri adalah kerana merangka terlalu banyak perancangan untuk dilaksanakan kerana mudah dicari salah dan cela.

Dengan merujuk kepada negeri jiran katanya, tidak berbuat apa-apa maka tiada kegagalan dan kepincangan dapat disenaraikan dengan nyata untuk dijaja.

Monday, 23 April 2012

PTPTN FREE DAH LULUS!!

SELAMA INI KERAJAAN PIMPINAN DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK SUDAH LAMA MEMBERI PTPTN FREE KEPADA PEMINJAM, NAMUN MASIH ADA LAGI YANG TIDAK BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN INI.  

PTPTN akan menjadi FREE apabila mahasiswa dapat keputusan kelas pertama (PNGK) di akhir semester. Kerajaan membuat demikian kerana ingin melihat mahasiswa bekerja keras dalam bidang akademik supaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kerajaan memberi penghormatan kepada mereka dengan memberikan PTPTN FREE tanpa perlu bayar 1 SEN pun. USAHA yang keras akan mendapat keputusan yang CEMERLANG, USAHA yang keras dihargai oleh KERAJAAN. ADILKAH mereka yang gagal dan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan mendapat PTPTN FREE?? ITULAH KEISTIMEWAAN KEPADA MAHASISWA YANG DAPAT KEPUTUSAN KELAS PERTAMA!!


*25,649 pelajar Unisel (Selangor) menerima pinjaman PTPTN berjumlah lebih RM851 juta

*13,763 di KUIS babitkan jumlah RM369 juta

*6,072 pelajar di KUIN dengan pinjaman lebih RM258 juta.

Daripada hampir 1.9 juta penerima pinjaman PTPTN, hanya 11, 764 orang pelajar ini sahaja yang berjaya mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.


Lihat, Nilai & Bandingkan.

Berapa ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera yang menerima
tukaran pinjaman kepada biasiswa?
Siapa pula hero-hero yang sibuk melaungkan agar PTPTN dimansuhkan? - Mahasiswa utara

Kepada mahasiswa yang tidak dapat kelas pertama diberi lagi kemudahan dengan UJRAH 1% yang sebelum ini 5% dan 3%, ADAKAH MASIH ZALIM LAGI KERAJAAN SEDIA ADA HARI INI??? [SINI

Pemikir Politik : Anwar cuba kaburkan mahasiswa dengan PTPTN percuma, Kerajaan selama ini dah bagi pun PTPTN percuma kepada mahasiswa yang dapat kelas pertama!! 

A.B.U
ALLAH BERSAMA UMNO!!

NASIB rakyat Kelate, Kita Rakyat Terengganu Serik doh weh!! (VIDEO)

Masihkah kau ingat, semasa Terengganu.. dibawah Kezaliman Pemerintahn PAS habis Kuca Lana ibarat kate ore klate.. hari ni lihat.. apa yang berlaku di Kalate, layan video Lagu Rakyat Kelate ni moga dijadikan ikhtibar.. kepada kita semua....

DEMONSTRASI SINDROM tenat PAS Terengganu Menjelang pilihanraya!!!

Sikap Kepimpinan PAS Terengganu kini tidak menunjukkan sebarang pendamaian tetapi sebaliknya penuh dengan sikap kebencian dan perbalahan sesama umat islam, apabila dekat sahaja piliharaya PAS akan cuba mebangkitkan kemarahan rakyat dengan menabur fitnah dan membuat kenyataan-kenyataan yang cuba memutar belit isu-isu yang sudah lapuk untuk mengelirukan rakyat.

SINDROM pertama yang jelas boleh dilihat dari Sikap pimpinan PAS Terengganu adalah Demonstrasi, kini sudah menjadi tabiat PAS berdemonstrasi, tetapi yang sangat dikesali apabila PAS mengunakan Pelajar-pelajar sebagai Umpan dan Isu-isu yang di manipulasi PAS agar menjadi satu perkara yang perlu dibawa dengan cara Berdemonstrasi.

Ini yang perlu dijawab, PARTI yang dianggap ISLAM itu PAS, PAS itu ISLAM tidak layak mengunakan nama islam pada PARTI yang mengambarkan tingkah laku PAS yang menganjurkan kepada pergaduhan dan huru –hara.
Islam mengajar bahawa hubungan sesama manusia atas apa tingkatan sekalipun, mesti mengutamakan perdamaian, persafahaman, berbaik sangka dan perbincangan, demi mewujudkan persetujuan bersama ke arah mencapai budaya hidup yang harmoni, di kalangan sesama manusia.

Islam mengajar bahawa manusia sedunia adalah diciptakan oleh Allah, Tuhan yang satu, dan semua manusia berasal dari Adam, manusia pertama yang Allah lantik sebagai nabi. Sekaligus, sebagai bapa kepada semua umat manusia sedunia.

Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa’), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu.”

Saturday, 21 April 2012

VIDEO Mahasiswa Demo memadu kasih di Dataran Merdeka!!



Bila mahukan kebebasan bersuara sehinggakan akhlak dan tingkahlaku menurut hawa nafsu syaitan,KERANA MAHUKAN KUASA, PEMBANGKANG sudah tidak mengambil kira halal haram, Mahasiswa dipergunakan sehingga mereka dijadikan alat menjadi rosak dijalanan.

Sungguh tidak berperikemanusiaan PEMBANGKANG meracuni anak-anak bangsa mereka demi kuasa dan undi

Tarik Pinjaman: PAS TERENGGANU tidak bertanggungjawab, bila pelajar diperbodohkan mereka!!

Tarik Pinjaman:Pemberi Pinjaman Dituduh Zalim Pemimjam Munafik Mereka Tak Sedar

Rabu lepas (18.4.2012) sekumpulan penyokong-penyokong Pas meroyan di depan Wisma Darul Iman, bangunan yang menempatkan pejabat MB Terengganu.

Tujuannya membantah tindakan kerajaan negeri menarik balik pinjaman pelajaran kepada sembilan orang pelajar Terengganu yang sedang berpolitik sambil belajar di Mesir kerana terlibat dalam perhimpunan yang berlawanan dengan kepentingan penuntut dan negara.

Yang kelakarnya mereka pasang sebiji khemah dan tinggal disitu. Kenapa tak berani nak berkhemah seperti mahasewel-mahasewel di Dataran Merdeka ? Komang mung....dok rok chetong.....

Daripada sembilan orang pelajar yang ditamatkan pinjaman tersebut, lapan daripada mereka adalah anak-anak penyokong Pas. Manakala seorang lagi adalah anak kepada kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu , dimana ayahnya bertugas sebagai Pegawai Tanah Daerah Kuala Terengganu. Tidak dapat dipastikan kiblat politik keluarganya.


Daripada yang lapan orang anak penyokong Pas, lima darinya bapa mereka bekerja sendiri. Manakala tiga lagi bapa mereka adalah, guru di sebuah sekolah menengah di Terengganu, pembantu tadbir dan juruteknik Petronas Carigali.

Kerajaan negeri, Yayasan Terengganu dan Ahmad Said dituduh zalim kerana menarik balik pinjaman tersebut. Tetapi Pas tak sedar yang mereka sedang memperjuangkan golongan munafik. Oppppssss....lupa pula, apa nak hairan Pas sendiri pun munafik. Setakat mempertahankan golongan munafik hanya perkara kecil sahaja. Peliwat pun Pas sanggup pertahankan. Asalkan dapat undi....

Orang yang tidak menepati janji termasuk golongan orang-orang munafik.

Sedikit tazkirah yang saya petik dari akhbar rasmi Pas, harakahdaily
Buruk padahnya jika engkari janji

Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka. Tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis ini, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik. Apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

Setiap pelajar yang mendapat pinjaman dari Yayasan Terengganu sebelum menerima pinjaman telah diberikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman. Jika mereka setuju untuk menerima syarat-syarat tersebut, maka mereka hendaklah tandatangan persetujuan perjanjian itu dan pinjaman akan diberikan kepada mereka.

Dalam kes ini kesemua sembilan pelajar yang ditamatkan pinjaman mereka itu telah tandatangan persetujuan syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan Yayasan Terengganu. Mereka sendiri tahu jika perjanjian itu tidak dipatuhi maka mereka akan terima akibatnya. Harakah sendiri dalam tajuk tazkirah seperti diatas telah meletakkan tajuk Buruk Padahnya Jika engkari Janji.

Berikut adalah antara sebahagian syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu dan ditandatangan oleh sembilan pelajar berkenaan sebelum mereka terima pinjaman.
3.2 Syarat Perjanjian

Para 1 (c) bahawa sepanjang kursus pengajian itu ia tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang difikirkan oleh LEMBAGA sebagai berlawanan dengan kepentingan PENUNTUT atau Negara dan hendaklah berhenti daripada mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu, jika dikehendaki oleh LEMBAGA atau wakil-wakilnya berbuat demikian.

Para 2 Adalah selanjunya dipersetujui dan diakui bahawa penuntut tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya perjanjian ini iaitu dalam masa tempoh kursus, latihannya dan juga kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pekerjaanya dibawah perenggan (j) fasal 1 perjanjian ini.

(a) Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana- mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(b) Menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara, atau mengambil apa jua bahagian dalam menyedia atau mengaturkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan dimana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(c) Menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedarkan atau mengambil bahagian dengan apa – apa cara dalam menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedar apa – apa dokumen atau lain – lain bahan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(d) Membuat apa – apa penyataan di sesuatu perhimpunan apa – apa kumpulan orang di mana – mana tempat yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.
Itulah yang mereka tandatangan sebelum mereka terima pinjaman. Dan mereka telah tahu risiko yang bakal mereka terima jika persetujuan dicabuli.

Hari ini apabila pinjaman mereka ditamatkan, tiba-tiba pemberi pinjaman pula dituduh zalim dan kejam. Benarlah apa yang dikatakan oleh Adun Pas Terengganu, Syed Azman@Pembohong Bersiri, binatang di zoo lebih baik dari sembilan pelajar tersebut. Lihat di sini

Semoga Kerajaan Terengganu dapat mengambil tindakan mempamerkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang ditandatangan oleh sembilan orang tersebut. Biar semua masyarakat tahu dan jelas dengan apa yang berlaku.

Sumber : RBF Online

Friday, 20 April 2012

MB cabar PAS biayai pelajar, Jangan jadikan pelajar alat politik PAS


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said hari ini mencabar pemimpin Pas supaya membiayai pengajian sembilan pelajar yang dikenakan tindakan penarikan balik pinjaman oleh Yayasan Terengganu (YT).

Katanya, mereka yang bertanggung jawab menghasut pelajar-pelajar ini supaya menentang kerajaan, jadi sekarang mereka (Pas dan PKR) perlu mengambil alih membiayai pengajian pelajar berkenaan di Mesir.

“Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai demontrasi bantahan yang didalangi pihak pembangkang yang diadakan di perkarangan bangunan Yayasan Terengganu dan Wisma Darul Iman hari ini.

Baru-baru ini kerajaan bertegas menarik balik pinjaman sembilan pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir walaupun ada pihak menghantar memorandum supaya tindakan itu dibatalkan.

Tindakan itu dilakukan selepas tidak puas hati dengan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepada mereka sebelum ini setelah didapati terlibat dengan kes salah laku tersebut.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Seri Haji Ahmad meminta pelajar di negeri ini tidak membabitkan diri dalam demontrasi bantahan anjuran pihak pembangkang.

“Saya harap pelajar di negeri ini tidak mengadaikan masa depan mereka semata-mata terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang sebaliknya beri tumpuan kepada pelajaran untuk membina masa depan yang gemilang,” katanya.

Sumber dari teganukita.blogspot.com, 



PAS kini sudah begitu terdesak mengunaka pelajar sebagai bahan poltik mereka sehingga menanam sikap taksub dan akhlak yang tidak bermoral, jika dilihat permainan politik pembangkang kini lebih menjadikan pelajar sebagai sasaran mereka amat jijik cara pendekatan yang digunakan PAS bagi meraih undi dan sokongan.

kerana sikap yang ditunjukkan pembangkang ini adalah sikap yang tidak bercirikan pemimpin ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada pembangkang yang sanggup mengadaikan anak bangsa demi kepentingan politik kotor mereka.


Wednesday, 18 April 2012

DEMO PAS TERENGGANU JADIKAN PELAJAR SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN!!!

PEMIMPIN PAS termasuk Ketua Pemuda PAS negeri, YB. Mohd Nor Hamzah dan anak Presiden PAS begitu bersungguh terpekik dan terlolong di hadapan Wisma Darul Imam supaya dikembalikan pinjaman Yayasan Terengganu kepada 9 pelajar di Mesir. Sebaliknya bapa kepada salah sorang pelajar dengan angkuh berkata, pinjaman itu sekadar di celah kuku.



Budak 'Donat' baju Merah gambar dibawah berkata, perjuangan PENDIDIKAN PERCUMA di Malaysia akan digerakkan. Kenapa PAS dan budak-budak suruhan mereka tidak perjuangkan PENDIDIKAN PERCUMA DI MESIR? Tidak perlu bersusah payah pinjam duit daripada Kerajaan BARISAN NASIONAL untuk belajar di Mesir.




Bila menjadi Pencacai politik murahan pembangkang sikap biadap dan mengikut nafsu syaitan menjadi keutamaan.. mereka... !!!

ADUN PAS, Syed Azman menyamakan Binatang dengan Mahasiswa!!

   
Syed Azman atau lebih dikenali sebagai pembohong bersiri di kalangan rakyat Terengganu telah menyampaikan mesej kepada kita bahawa binatang lebih penting atau lebih baik dari mahasiswa-mahasiswa. 

Syed Azman Syed Ahmad seorang adun Pas dari Terengganu yang dikenali sebagai pembohong bersiri dalam satu tulisan yang disiarkan di harakahdaily mempertikaikan tindakan Kerajaan Trengganu membatalkan penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada 9 pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati melanggar syarat perjanjian pengajian dalam demostrasi bersih tahun lepas.



Katanya di harakahdaily

Sudah sampai masanya bagi mahasiswa dan anak muda Terengganu bangkit bagi menentang kezaliman yang dilakukan terhadap anak bangsa mereka sendiri. Kalaulah kepimpinan Ahmad Said boleh menjaga dan membelai gajah, harimau dan kera di Zoo Kemaman dengan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun, maka apakah ini balasan kepada anak bangsa sendiri yang dianaiya dek kerana ’dendam politik’ yang sempit? Ayuh anak muda Terengganu bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar keangkuhan kepimpinan Ahmad Said.

Tidak ada perkataan lain lagi yang boleh kita ucapkan kepada adun Pas berkenaan selain dari perkatan



Terima Kasih....



Terima Kasih....


Terima Kasih....


Terima Kasih....

Terima kasih kerana menjadikan binatang sebagai bandingan kepada mahasiswa-mahasiswa tersebut dan membuka mata kita serta membuktikan kepada rakyat bahawasanya binatang lebih baik dan lebih penting daripada pelajar-pelajar yang asalnya manusia tetapi berkelakuan seperti apa yang terkurung di zoo. 

Binatang lebih tinggi tarafnya berbanding pelajar-pelajar yang diberi wang untuk belajar tetapi pergi berkelakuan seperti spesis yang digunakan untuk pertunjukan di zoo. Seterusnya membuktikan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Trengganu itu adalah langkah yang tepat.

Bela binatang lebih baik daripada membela manusia yang berkelakuan seperti spesis tersebut. Binatang di zoo lebih tahu bersyukur kerana dia tak gigit tangan atau serang orang yang memberi makanan kepadanya dan menjaganya.

tetapi Mahasiswa-mahasiswa yang tidak tahu bersyukur ini bukan sahaja tidak tahu membalas jasa, tetapi menjadi dalang kepada PAS membuat demostrasi, ibarat si tanggang yang derhaka, kerajaan yang menanggung pembiayaan pengajian mereka tetapi PAS yang menjadikan mereka Binatang dan kuda tunggangan.


Sumber : rbfonline.net

PAS TERENGGANU : SUMPAH LAKNAT JADI MAINAN PAS!!!


Dari petikan akhbar pada 13 April 2012 , Pimpinan Pas Terengganu Datuk Abu Bakar Chik bersetuju dengan sumpah laknat yang pernah diguna pakai oleh Saiful Bukhari dan Datuk Seri Najib Razak pada satu ketika dulu. Berang dengan kenyataan Dato' Ahmad Said yang melabel PAS sebagai parti ajaran sesat , Datuk Abu Bakar Chik menggesa Dato' Seri Ahmad Said supaya melakukan sumpah laknat . Walau bagaimanapun , apa yang disarankan oleh Dato' Seri Ahmad Said ini nampaknya terasa pedas kepada pimpinan PAS .




Dalam artikel Malaysiakini pada 29 April 2011 , Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi peringatan supaya tidak mempermainkan sumpah laknat . (sumber) . Dan pelbagai lagi artikel berkaitan yang menunjukkan perbuatan sumpah laknat ni tak boleh dipakai ! Ini terbukti walaupun Saiful Bukhari, Datuk Seri Najib dan Datuk Eskay bersumpah , pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS menidakkan sumpah yang telah dilakukan oleh 3 orang ini . Jadi apa beza sekiranya dengan Dato' Seri Ahmad Said ? Apakah sumpah laknat ini diterima apabila PAS selari dengan kehendak nafsu PAS?


Hal ini sebenarnya berkaitan dengan manipulasi isu, mungkin kerana PAS merasa mereka di pihak yang benar maka berani untuk mencabar supaya MB melakukan sumpah laknat . Walau bagaimanapun secara peribadi, apa yang Dato' Seri Ahmad Said label PAS sebagai parti ajaran sesat ialah mungkin secara perbandingan saja . Ajaran sesat tak beerti sesat dalam agama , tetapi boleh juga ditakrifkan sesat dalam memberikan maklumat yang betul , sesat kerana menipu , memfitnah dan sebagainya , ada juga yang boleh dikaitkan dengan Amanat haji Hadi di Banggol Paradong 1981, dengan mengkafirkan sesama islam.

Ingat lagi pada satu ketika akhbar Harakah 'menyesatkan' pembacanya apabila menulis satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim ? Dan kini menyanjung Anwar Ibrahim bagaikan khalifah, sehingga sanggup melebelkan anwar ibrahim sebagai Imam Mahdi?



MB kita yang berani.. buat PAS kecut Perut



Sumber : bidaman

Tuesday, 17 April 2012

DEMO PTPTN : SOLAT DIPERSENDAKAN ( VIDEO)!!!



Mahasiswa mempermainkan agama, kata-kata kesat maki hamun dan sikap biadap mahasiswa terhadap pemimpin, menunjukkan akhlak dan akidah mereka yang sebenar... dengan pemikiran yang penuh hasrat dengki dan emosi diracuni oleh Pembangkang menjadikan mereka pak turut politik kotor dan jalanan...

RAKYAT AKAN BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN PAKATAN YANG MEMPERGUNAKAN MAHASISWA SEBAGAI ROBOT IDEOLOGI POLITIK KOTOR MEREKA!!!

PAS Parti Ajaran Sesat, "SAYA ADA BUKTI" Mantan Ketua Pemuda PAS Terengganu



PAS selalu minta dimana bukti mengatakan PAS ini Parti Ajaran Sesat,kerana yang mengaku PAS Parti Ajaran Sesat ini bukan hanya Rakyat malahan bekas ahli PAS sendiri Mengatakan PAS adalah Parti Ajaran Sesat....

FAKTA WAJIB FAHAM

PARTI ISLAM SEMALAYSIA ???


(PARTI = REKAAN MANUSIA UNTUK BERKUASA) 


(ISLAM = DARI ALLAH S.W.T KEPADA SELURUH UMAT ISLAM TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK KAUM ATAU BANGSA) 


(SEMALAYSIA = PAS HANYA ADA DIMALAYSIA JADI ISLAM UNTUK SEMUA BUKAN UNTUK ORANG YANG MENPERGUNAKAN ISLAM UNTUK BERKUASA)


islam for all not for PARTI AJARAN SESAT....

VIDEO Wahid Endut mengaku Pada tahun 1999-2004, PAS hanya tin KOsong!!!



Wahid Endut mengaku Pada tahun 1999-2004, PAS hanya tin KOsong!! kerana tiada apa-apa pembangunan yang dilakukan oleh pas dan hanya pandai bercakap dan berbohong sahaja, sama juga sekarang tida apa-apa sumbangan dan pembangunan yang dilakukan oleh wahid Endut di Wakaf Mempelam, tetapi apabila BERJANJI WAHID ENDUT lebih Kuah dari sudu!!! apa yang keluar dari mulut hanyalah janji kosong seperti digambarkan Sejarah PAS itu sendiri benderanya dari Tin Kosong dilakar menjadi bulat seperti kosongnya Pembangunan Pentadbiran PAS di Terengganu  dari 1999 hingga 2004  dan Wakaf Mempelam pada masa kini.... hanya Barisan Nasional yang banyak membantu...

Parti Tin Kosong!!!



































Monday, 16 April 2012

FOTO !! IMAM YANG KATA BR1M UMPAMA.. "BERI MAKAN PADA ANJING" !!


Inilah wajah pak imam masjid wakaf bharu, kelantan yang mengatakan duit BR1M adalah HARAM dan orang yang menyampaikannya dalam majlis penyampaian umpama "MEMBERI MAKAN KEPADA ANJING".. 


Beliau berkata demikian ketika menyamapaikan kuliah maghrib di masjid Kampung Bukit. 

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, BELIAU SENDIRI ADALAH PENERIMA BR1M dan menerima dari tangan DATUK ROSDI(KETUA BAHAGIAN) SENDIRI.

So kesimpulannya, siapa yang mengaku dia adalah anjing?

So janganlah "kito hok cerdik ni boleh jatuh bodo" :-

Isu 23 Peserta Tanah Pertanian di Rusila - Mana 'Tok Guru' Hadi, Mana 'Satipu' Bahari?

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia...Saya berharap ketua kelompok  dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,”  - Ahmad Said

Cakap pasal tanah berdegar-degar. Kononnya UMNO zalim dan rampas tanah.

Hakikatnya, pada ketika PAS menuduh kerajaan negeri mengamalkan tindakan mermpas tanah rakyat dan bertindak zalim, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sebaliknya!

Sekali gus tuduhan PAS yang  dicipta itu semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan menggambarkan seolah-olah UMNO zalim.

PAS mengatakan BN sejak 2004 memulakan era kezaliman dan rampasan tanah rakyat  melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan masjid maupun madrasah.

Namun satu hal yang PAS lupa dan masalah rakyat berlaku di depan mata dan di bawah dagu Presiden mereka, Datuk Seri Andul Hadi Awang adalah isu pemilikan tanah di Rusila yang tidak selesai sejak sekian lama. 
PAS melihat ‘kuman di hujung dunia’ tetapi 'masalah rakyat sebesar gajah' di hadapan mereka dibuat-buat tidak nampak, khususnya di kalangan penduduk di kawasan Rusila yang terkenal dengan kubu PAS. 

TIDAK MAMPU SELESAIKAN ATAU MEMANG PAS TIDAK CAKNA RAKYAT?
Difahamkan penduduk sekitar Rusila meneroka tanah pertanian seluas lebih 11 hektar itu sejak 1976 lagi.

Bagaimanapun mereka gagal mendapatkan geran hak milik kerana permohonan yang diketengahkan sebelum ini tidak aktif.

Amat jelas, ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004, masalah ini sudah wujud tetapi PAS ‘pejam mata sahaja’ kepada 23 peserta tanah berkenaan.

Akhirnya siapakah yang menyelesaikannya?UMNO dan Barisan Nasional… 
Pemimpin yang turun padang dan mendekati rakyat di Marang menyelesaikan masalah bukan ‘Tok Guru Haji Hadi’ tetapi Ahmad Said (Datuk Seri) yang sering dituduh bertindak zalim dan membelakangkan kepentingan rakyat. 

Malam kelmarin, Ahmad Said meminta agar 23 peserta terlibat dalam penerokaan tanah pertanian di Kampung Bukit Anak Ring yang sudah lebih 40 tahun menanti untuk mendapatkan geran hak milik.

Malah, Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikan masalah penduduk Rusila itu.

Sehubungan itu, Menteri Besar, meminta mereka segera membuat permohonan baru bagi menyelesaikan masalah itu, manakala pihak berkuasa tempatan diarahkan membuat semakan semula status tanah berkenaan.

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia.

“Saya berharap ketua kelompok dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Rusila di Medan Jaya, Marang, kelmarin.

Ahmad Said sudah menegaskan, pihaknya akan meminta pegawai daerah untuk memeriksa status tanah berkenaan dalam tempoh terdekat untuk diselesaikan termasuk pihak berkuasa lain untuk memeriksa pelan tapak bekas tanah pertanian tersebut.

Menurutnya, jika tiada masalah yang timbul, status tanah pertanian tersebut akan dijadikan sebagai lot kediaman untuk diagihkan kepada kesemua peserta terlibat membabitkan sebanyak 184 lot kediaman untuk didiami pada masa akan datang.

Dalam pada itu, kesemua peserta juga diminta untuk merujuk mengenai perkara itu kepada pihak Pusat Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang melalui pegawainya, Nik Dir Nik Wan Ku bagi memudahkan proses permohonan semula dibuat.

Jadi siapa sebenarnya yang membantu rakyat mendapatkan tanah?

Pemimpin PAS termasuk Presidennya sendiri atau pemimpin UMNO?

Jawapannya mudah, pemimpin PAS hanya tahu timbulkan masalah dan mengajak rakyat membantah kerana tanah tetapi masalah penduduk di Rusila yang tidak sebenar mana diabaikan.

Mana jagoan PAS -  Satiful Bahari Mamat atau dikenali dengan 'Satipu' - dalam isu 23 peserta tanah pertanian di Rusila ini?

Sumber : Teganukini

KHIANAT PAS.. EMOSI WACANA PAS PARTI AJARAN SESAT, ISLAMIKKAH PAS?

Pas marah dan emosi apabila UMNO Negeri Terengganu telah menganjurkan Wacana  yang mengutarakan Ancaman Akidah Ummah yang membincangkan Penyelewengan PAS terhadap islam yang telah banyak berlaku dan kian lama luka hati rakyat terhadap perkhianatan PAS terhadap ISLAM dan akidah Ummah.

Pimpinan PAS tidak sabar, agresif dan cepat melatah, sikap khianat dan dendam PAS dengan membakar bendera UMNO di kubang Buyong cabang 3 dan potong kepala MB menunjukkan sikap PAS yang begitu taksub dan takut pendedahan yang dilakukan UMNO terhadap penyelewengan akidah ummah.


Gambar PROVOKASI BOS ini mungkin menyebabkan mereka menjadi agresif  tetapi islamikkah PAS apabila provokasi yang dilakukan mereka lebih ganas dan menunjukkan sikap PAS yang pedendam!!!

PAS telah meminta bukti DIMANAKAH PAS ini yang dikatakan sesat?? Mereka sudah lupa pada Amanat Haji Hadi Banggol Paradong 1981 yang megkafirkan orang islam, disebabkan Amanat itulah banyak berlaku Perpecahan Umat Islam sehingga kini kesan dari Amanat yang bertentangan dengan AKIDAH UMAT islam itu masih diguna pakai, apabila masih lagi terdapat Masjid-masjid yang didirikan dalam Satu Kariah sehinggakan membawa kepada kemurkaan Sultan Terengganu.



Mereka juga lupa berlaku kes perceraian isteri disebabkan fahaman parti politik yang berbeza, PAS juga mengharamkan sembelihan orang islam kerana berlainan fahaman dan Parti Politk.. dan perjuangan PAS ini adalah perjuangan Khawarij yang mengkafirkan UMNO.

Sikap PAS yang menerima kafir harbi sebagai kawan dan orang islam sebagai musuh mereka adalah satu bukti bahawa PAS ini bukan berjuang atas dasar islam tetapi parti yang mengangkat kafir harbi yang menentang islam sebagai sahabat mereka. seperti Ambiga Seorang peyokong kuat kes murtad di Malaysia dan Penganjuran seksualiti Merdeka yang memberi kekebasan seks yang bertentangan dengan akidah umat islam.

MALAHA, SUBKY LATIF DALAM HARAKAH 21-24 NOVEMBER MENYATAKAN BAHAWA DIA
SAYANG AMBIGA SEBAGAI MANA SAYANG KEPADA NIK AZIZ, ABDUL AZIZ BARI &
EXCO KERAJAAN SELANGOR ELIZABETH WONG, DAN PAS MENGHARAPKAN 
LEBIH RAMAI PEJUANG MEMURTADKAN ISLAM DAN MENYOKONG SEKS BEBAS 
SEPERTI AMBIGA LAHIR SEBAGAI PEJUANG MEREKA!!!

Dan Ideologi Komunis yang diperjuangkan oleh Mat Sabu yang mengangkat Talibarut Komunis sebagai pejuang Kemerdekaan megambarkan PAS sudah jauh tersimpang kerana perjuangan ideologi Komunis tiada pegangan agama dan berapa ramai pejuang negara yang telah terkorban kerana mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.




PERSOALAN YANG PERLU DISOAL...

ISLAMKAH PAS??



Sunday, 15 April 2012

PTPTN Ustaz Azhar Idrus & Khairy Jamaluddin bersepakat.

PTPTN adalah untuk meringankan beban rakyat dan pinjaman yang dibayar balik adalah untuk berikan kepada generasi yang seterusnya, jika mahu free confirm Muflis negara ni.. dengar dan baca apa Ustaz Azhar dan Khairy Jamaluddin kata.



Timbalan Presedin MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Malaysia akan muflis dalam tempoh 2 tahun jika Pakatan Pembangkang memerintah dan menunaikan 3 Janji iaitu menghapuskan tol, gaji minimun RM4000 sebulan dan memansuhkan Pinjaman PTPTN.

Janji itu dianggap tidak realistik kerana untuk hapuskan tol sahaja kerajaan perlu perbelanjaan tambahan RM100 Billion, PTPTN RM43 Billion dan gaji minimun hampir 60 Billion setahun.

Jumlah itu boleh digunakan bagi meningkatkan Prasana lain seperti taraf kehidupan rakyat pendidikan dan sebagainya. Dan kini juga kerajaan telah menanggung 70 % pinjaman kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT), ini menunjukkan kerajaan memberikan pinjaman PTPTN supaya anak-anak orang yang susah dapat dibela dan pinjaman yang dibayar balik akan digunakan untuk generasi akan datang.

Janji Anuar hanya mainan politik meraih undi, dan cuba menjadikan isu tersebut sebagai pembakar nafsu golongan muda supaya menjadikan ia sebagai isu untuk berdemostrasi dan menghuru-harakan mahasiswa, ditambah pula dengan kuda Anuar Mahasewel Adam Adli ditugaskan untuk menghasut Mahasiswa supaya menjadi pembelot dan perosak bangsa

PAS jadikan PKR pengemis di Terengganu

Kepimpinan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui Pas Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, Pas hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya pada pilihan raya umum nanti iaitu lima di Dun dan dua di Parlimen.

Sebelum ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan negeri ini. – Bernama