Wednesday, 27 June 2012

ANAK KAFIRKAN AYAH KERANA TAKSUB PAS!!!

DERHAKA anak pada ayah kerana taksub Amanat Haji Hadi sehingga sanggup menkafirkan ayah sendiri, inilah realiti apa yang berlaku pada tahun 1999-2004 pemerintahan PAS di Terengganu mengakibatkan perpecahan umat islam disebabkan fatwa dan penyelewengan akidah yang dilakukan PAS.

Taksub yang melampau terhadap parti sehingga agama menjadi modal bagi pemimpin parti untuk pengikutnya menjadi fanatik sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut yang dikatakan ulama sanggup dijadikan pegangan dan ikutan yang membawa kepada dosa dan derhaka terhadap ibu dan bapa.

PAS hanya memikirkan kepentingan politik yang memecahbelahkan hubungan keluarga dan sudah banyak dosa yang ditanggung oleh Haji Hadi disebabkan Amanat Beliau terutama peristiwa mamali dimana Ibrahim Libya sanggup mati kerana mempertahankan Amanat Haji Hadi yang kini sudah menjadi rakan seperjuangan Kafir Harbi bukan bersama ISLAM yang hakiki.

Tuesday, 26 June 2012

PERGADUHAN KUASA PKR SELANGOR


Konflik dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin parah. Kemuncak kepada konflik ini apabila Faekah Husin dijadikan "talian hayat" terbaru pemimpin PKR Selangor, manakala Rafizi Ramli pula meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksklutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sekarang, rakyat yang mula celik akan menilai kembali sikap yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin PKR yang kelihatan seperti "ketagih kepada kuasa", terutama Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang terlalu berimpian untuk ke Putrajaya sehinggakan sanggup untuk membeli ahli Parlimen Barisan Nasional dalam menjayakan agendanya.

Namun Anwar terlupa rekod pentadbirannya yang memperlihatkan kegagalan Anwar menangani pelbagai isu dalaman PKR disamping beberapa dakwaan salah laku moral telah menjejaskan kredibiliti pemimpin itu di mata orang awam. Dan memberikan kita persoalan; Layakkah Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia?

PAS PERSENDAKAN HAJI : Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

PAS yang tidak membenarkan ahlinya pergi haji kerana piliharaya adalah satu perbuatan yang telah melanggar hukum islam, untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut sila baca apa yang telah diputuskan oleh pendakwah dan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Saturday, 23 June 2012

PAKATAN KULAI HIDANG MAKANAN HARAM UNTUK ANWAR IBRAHIM


Status yang ditulis dalam FB puak Pakatan mengenai poster di atas berbunyi:
Kepada Semua Ahli Pakatan Rakyat Selatan Sudah Tiba Masanya Kita dapat Bersama-sama Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat...!

Aku bukannya jaki depa nak makan kat restoran mewah. Lantak le depa ada duit. Tapi cuma terkilan sikit sebab ia melibatkan Parti Syurgaaa.

Korang tengok le package yang dijual tu, ada non halal dan ada halal. Korang bayangkan, table sebelah ada babi panggang dan table sebelah lagi makan siakap masam manis. Table sebelah ada jag penuh dengan bir dan table sebelah lagi jag penuh dengan jus tembikai.

Bab lain table lain menu tu mungkin masih dikira ok lagi le gamaknya. Tapi menu tu kan datangnya dari restoran yang sama, dapur yang sama, apakah tidak mungkin ianya datang dari kuali yang sama?

He..he..he...demi Nusajaya dan demi Putrajaya, semua dibolehkan. Yang duduk kat table halal tu agaknya jeling tak kat table non halal tu?

Thursday, 21 June 2012

BERSIH VS BRIM 2.0, PILIHAN RAKYAT?

Nilailah sendiri antara BRIM 2.0 vs BERSIH manakah pilihan rakyat, jika mahukan kemusnahan senang untuk dicari tetapi untuk mencari pelindungan hanya satu yang pasti BARISAN NASIONAL tetap dihati.

Sunday, 17 June 2012

SEBULAN SEMBAHYANG TERAWIH 2 IMAM & JUMAAT BERGILIR DALAM 1 MASJID

KEDANGKALAN PENGETAHUAN AKIDAH DAN TAKSUB MELULU
Isu politik telah dijadikan sebagai akidah menyebabkan sebahagian besar pengikut PAS terutama yang dangkal pengetahuan agama berkaitan akidah, menyebabkan mereka menjadi taksub melulu kepada ajaran pemimpin mereka terutama terhadap AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.
Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira- kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayat iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, besut, Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982 dan alor limbat, marang. (rujukan : berita harian 19 julai 1982)
Selepas itu berlakulah juga sembahyang dua jumaat dalam satu mukim masjid di 28 tempat lain berlarutan sehingga November 1999.

AMANAT HAJI ABDUL HADI AWANG
Pada 7 april 1981, Haji Abdul Hadi Awang telah berceramah di kampung banggol peradong, kuala Terengganu. Antara ucapan beliau ialah :

“SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAMKITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRTISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENYATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU”.

Petikan ucapan itu telah dicetak oleh PAS dengan cara yang menarik dan jelas, kemudian disebar kepada ahli-ahli dan pengikut parti mereka. Tajuk amanat ini sudah tertera dari mula  lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

Ekoran daripada “amanat” tersebut, sebahagian masyarakat Islam yang terpengaruh dengannya telah mengkafirkan orang-orang UMNO. Perbuatan mengkafirkan orang Islam ini merupakan pendekatan yang telah digunakan oleh “KHAWARIJ” untuk mencari pengaruh. Kumpulan ini telah bertindak mengkafirkan para sahabat dan mereka yang bersama dengan sahabat.

Wednesday, 13 June 2012

FATWA PAS, Fardhu Haji Boleh Ditangguh Untuk Pilihanraya?

Lagi fatwa PAS tentang pilihanraya - Oleh Dato Wan Ahmad Farid


Rakan blogger RBF telah mendedahkan sikap melampau kepimpinan PAS yang mahukan semua ahli PAS yang terlibat dalam pilihanraya untuk menangguh ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Di antara entri RBF :
Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji.

Namun lain pula bagi Pas....

Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. seterusnya
Sikap pemimpin PAS yang menyekat orang Islam untuk mengerjakan rukun Islam itu bukan sahaja menyerlahkan sikap mereka yang gila kuasa tetapi memperbodoh-bodohkan diri mereka juga.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim menunding jari kepada DS Najib Razak kerana tidak menetapkan lebih awal tarikh PRU13 tetapi yang malunya ialah negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan haram pembangkang sendiri tidak menetapkan tarikh pembubaran DUN!

Tuan Ibrahim, ketua penerangan PAS ini pula telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebelum ini. baca sini

Dan benarlah kata-kata ini, satu jari menunding ke orang lain, 4 jari yang lain menunjuk ke diri sendiri! Kepimpinan PAS semakin hanyut dalam kerakusan mengejar politik.

Apa pun, MiM yakin DS Najib Razak tidak akan sesekali menyusahkan umat Islam negara untuk menunaikan rukun Islam itu. Tambahan pula, Perdana Menteri masih mempunyai banyak masa lagi dan tidak perlu termakan dengan propaganda parti pembangkang yang sebenarnya mahukan PRU13 diadakan seawal yang mungkin.

Propaganda tersebut dicanang-canangkan kerana kita tahu kepimpinan pakatan pembangkang semakin hilang modal dan bertambah lesu jika PRU13 diadakan lebih lama daripada yang mereka inginkan,

Monday, 11 June 2012

Taktik Suami Noryn Aziz, Raja Bahrin lari dari Tangungjawab Stadium Runtuh

 Noryn Aziz, Raja Bahrin
Lembaga arkitek Malaysia (LAM)  dan Pertubuhan Arkitek Malaysia telah menghapuskan dosa Raja Bahrin  yang merupakan arkitek yang bertanggungjawab dalam amanah mereka bentuk stadium Sultan Mizan yang membawa kepada keruntuhan stadium.

Badan menyiasat yang ditubuh kerajaan Malaysia telah mengenalpasti  kegagalan reka bentuk stadium punca keruntuhan stadium . 

ini menyebabkan Raja Bahrin takut akan bayangnya sendiri dan cuba mempertikaikan tanggungjawab  beliau terhadap keruntuhan stadium   dengan berlindung disebalik surat  yang dikeluarkan oleh  Lembaga arkitek Malaysia (LAM)  dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Selama ini Raja Bahrin bermegah dengan binaannya dan menjaja kesana sini akan kepandaiannya dalam membina Stadium Sultan Mizan, apabila runtuhnya binaanya,  Raja Bahrin sendiri yang memcanang di pentas politik PAS memutar belit menyalahkan kerajaan negeri, kerana mahu melepaskan diri dari tanggungjawab dan takut akan kepandainya dipertikai keatas keruntuhan stadium tersebut.

Raja Bahrin juga bersekongkol dengan PAS untuk mencanang isu stadium runtuh ini sebagai modal politik, Bagi PAS ini merupakan satu kesempatan yang boleh digunakan untuk menarik sokongan rakyat dengan mencanang isu stadium runtuh ini ke seluruh negeri dan Negara kerana memang sudah sikap PAS hanya tahu menuduh dan memfitnah agar politik PAS yang bertopeng islam ini dapat terus hidup untuk menghidupkan kebencian rakyat.

Walaupun hakikatnya Raja Bahrin menjadi alat PAS ke hulu hilir menyalak menyalahkan UMNO dalam isu stadium runtuh ini, walaupun kita tahu arkitek yang menjadi kepala dalam pembinaan stadium, kerana diperalatkan PAS dengan kedudukan kerusi di Parlimen Kuala Terengganu dan dun ladang.

Saturday, 9 June 2012

PAS MENUMPANG KASIH DALAM PAKATAN HARAM


Layakkan PAS ganti UMNO dalam konteks kepimpinan politik negara?

Dalam pakatan pembangkang, apakah PAS menerajuinya?

Dalam konteks Islam pula, apakah PAS diakui atau diiktiraf sebagai parti yang membela dan menjaga Islam di Malaysia?

Dalam konteks antarabangsa apakah PAS dilihat sebagai parti mewakili orang Islam di Malaysia?

Di mana kedudukan PAS pada forum-forum antarabangsa mengenai Islam dan apakah pemimpinnya dianggap bertaraf antarabangsa?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh bermimpi atau menyorongkan bantal di kepala sendiri untuk berkhayal jauh.

Namun hakikatnya PAS tidak serupa dengan UMNO, Jauh sangat bezanya!

Kerana itu, baik pemimpin PAS duduk merenung 'nasib sendiri' dan jangan nak berlagak konon ia setaraf dengan UMNO.

Dalam pakatan pembangkang, DAP sudah menggantikan PAS sebagai sahabat PKR yang lebih akrab. PAS sudah jatuh taraf...

Berdasarkan kedudukan inilah mungkin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta PAS membuktikan parti itu mampu menjadi peneraju dalam pakatan sebelum memikirkan untuk menggantikan Umno.

Menurutnya pada masa ini, DAP mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Dalam kalangan tiga parti, PAS mempunyai kerusi paling sedikit, kita tidak nampak bagaimana parti yang mempunyai kerusi paling sikit boleh jadi peneraju,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS,  menyatakan parti itu sedia menggantikan Umno sebagai wadah utama bagi umat Melayu dan Islam.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan berkata, adalah jelas DAP mendapat keuntungan yang paling besar dalam pakatan tersebut sekali gus akan menolak agenda yang wibawa PAS.

Dalam pada itu, veteran Umno Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar menyifatkan PAS masih belum layak untuk menggantikan Umno sebagaimana diidamkan. Abdul Rahman berkata, sokongan parti itu masih jauh di belakang DAP dan PKR dan keadaan itu memberi gambaran jelas keupayaan sebenar PAS.

“PAS juga sentiasa akur dengan tekanan daripada DAP dan PKR, langsung tiada pendirian mereka sendiri sekadar pak turut semata-mata dan ia boleh dibuktikan dengan pelbagai isu yang berlaku sebelum ini.

“Oleh itu, bagaimana PAS mahu ganti Umno? Mereka perlu buktikan keupayaan dulu baru boleh bercakap,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, PAS juga tidak layak menggantikan Umno kerana sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal mahu menegakkan Islam dan ketuanan Melayu.

Beliau berkata, ia jauh berbeza dengan Umno yang sentiasa konsisten dalam matlamat asal parti biar apa juga keadaan sekalipun selain menjadi juara menjaga kebajikan rakyat dengan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan.

“Malah, kita lihat bilangan kerusi Parlimen Pas lebih kecil dari PKR dan DAP sedangkan kerusi Umno pula banyak dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sumber : http://kijang-jantan.blogspot.com/

Wednesday, 6 June 2012

DAP BUKA CAWANGAN DI TERENGGANU TARIK UNDI PENYOKONG PAS

USAHA DAP untuk masuk kampung Melayu sudah lama. Pada era pemerintahan PAS di Terengganu (1999-2004) DAP berjaya menubuhkan cawangan di Setiu dengan nama DAP Cawangan Langkap. Disertai semua Melayu kecuali seorang keturunan Siam. Setelah berlaku pergolakan, cawangan itu dibubarkan dan ditubuh semula DAP Cawangan Sungai Tong sekitar tahun 2008.

DAP Sungai Tong merupakan cawangan pertama 100% melayu dan Pengasasnya ialah Nasir bin Zainal bekerja bank di KL, Ayahnya Zainal adalah orang kuat PAS di Sungai Tong. Pada zaman PAS memerintah Terengganu, Nasir balik ke kampung dan buka cawangan DAP.

Penubuhannya telah dirasmikan oleh penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang di Kuala Terengganu pada September tahun 2008, ini adalah usaha yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang supaya menarik pengundi melayu menyokong DAP di Terengganu bermula dari Sungai Tong.

Taktik ini sama dilakukan di Pulau Pinang sedikit demi sedikit melayu di halau tetapi di Terengganu DAP sedikit demi sedikit mencari ahli dari kalangan orang melayu islam supaya menjadi Ahli DAP terutama menarik ahli dari parti sehabat Sejoli PAS.

Dengan adanya penubuhan Parti DAP di Terengganu ini mungkin adalah usaha yang dilakukan oleh DAP bagi melaksanakan agenda mereka DAP GANTI PAS.

Tuesday, 5 June 2012

PKR pun ada K-POP mengalahkan K-POP Kelantan!!


apa kata ulamak PAS? takkan sebab PKR yg anjur jd halal kot..tapi PAS tidak perlu risau K-POP Kalantan masih lagi terbaik!!

Sunday, 3 June 2012

Raja Bahrin Akitek Stadium Runtuh cuci tangan dalam PAS

Pas terdesak kerana ketiadaan calon berkaliber  Raja Bahrin diberi kepercayaan sebagaimana Wahid sebelum sebelum ini menjawat adun dan parlimen sekaligus Raja Bahrin bakal calon parlimen Kuala Terengganu dan adun ladang.

Pas belajar dari sejarah silam bila ku duke menang piliharaya bukit tunggal sebelum dibatal kemenangan nya oleh mahkamah atas isu pembeliaan pengundi, keaadaan kesihatan wahid yang tidak memungkinkan beliau  memegang terlalu banyak tugas. Raja Bahrin merupakan penganti tepat yang boleh diterima masyarakat bandaraya.

Masyarakat Bandarraya memerlukan lebih banyak pusat-pusat hiburan seperti Pub, Disco, Karoeke, toto dan sebagainya yang mampu di perjuangkan oleh Raja Bahrin  berbanding Wahid dan Tengku Hasan.


Dato Tengku Hasan yang baru diijabkabul kali kedua kini terpaksa memberi tumpuan lebih kepada rumah tangga terutama isu peribadi keluarga yang diketahui umum melalui akhbar sebelum ini.
Raja Bahrin merupakan calon tepat bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Adun Ladang yang dapat memenuhi citarasa masyarakat bandaraya ini. Pengharaman Spot Toto dan 4 buah premis  nombor ekor oleh kerajaan Barisan Nasional Terengganu sebelum ini telah menyulitkan peminat dan pengguna. mereka terpaksa ke negeri jiran untuk mendapatkannya. Raja Bahrin pasti mampu memperjuangkan isu ini berbanding Wahid dan Tengku Hasan.


Tambahan pula dengan menjadi calon Dun Ladang dan Parlimen Raja Bahrin dapat melepas tangan dari kesalahan terbesar menjadi arkitek perunding  yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi projek stadium Sultan Mizan . Mengikut Jawatan kuasa Ibu Pejabat JKR, Stadium ini telah runtuh akibat kegagalan dalam rekabentuknya. Akitek senibina milik Raja Bahrin merupakan orang yang diamanahkan oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat Terengganu untuk merekabentuk Stadium yang runtuh ini.

Oleh kerana ingin melepas dari tanggungjawab beliau, Raja Bahrin mencuci tangan dipentas politik PAS dengan menyalahkan kerajaan negeri bukan akitek perunding, tambahan pula beliau ditawarkan kerusi Parlimen dan Adun, tetapi apa yang pasti Raja Bahrin hanya menjadi umpan kepada syed Azman berikutan fitnah Syed Azman terhadap kerajaan negeri berkaitan stadium runtuh itu gagal diketengahkan, malahan menghantar laporan palsu kepada SPRM berkenaan kecurian di stadium runtuh, dan video dibawah ini adalah bukti penipuan Syed Azman



Sumber : penyulawo.wordpress.com