Wednesday, 18 July 2012

Cuti-cuti Selangor (PKR Seks Paradise)

SEKS dalam akuarium, sudah menjadi lumrah Pembangkang apabila berlaku kes sebegini mesti menyalahkan UMNO, tetapi hakikatnya pembangkang yang menjadi dalang dalam kepesatan kegiatan tidak bermoral ini terus berleluasa... sehingga di Selangor Datuk Dr Hasan Ali di pecat kerana mempertahankan Selangor daripada terjadinya kes sebegini.

Thursday, 12 July 2012

KELANTAN, SUAMI CERAI ISTERI KERANA TAKSUB PAS!!!

PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Che Hasnah ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa, semenjak berkahwin, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai Pas namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN).
Tahap kesabaran suaminya 'meletup' apabila dia menghadiri ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.


"Masa mula-mula kahwin, suami saya kata tidak kisahlah sokong parti mana pun sebab itu hak masing-masing namun sejak akhir-akhir ini dia semakin taksub sehingga mengatakan saya sesat dan memaksa saya untuk bersamanya.

"Bagaimanapun saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN dan akhirnya dia memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu kerana terlalu marah dengan tindakan saya hadir di sebuah ceramah di Tanah Merah sebelum itu.

"Saya sendiri tidak tahu ia ceramah oleh pemimpin itu kerana hanya mengikuti kawan saya dan kami pergi pun sebab tertarik dengan hadiah cabutan bertuah dan saya juga ada minta kebenarannya untuk pergi ke situ," dakwanya yang mengajar al-Quran kepada lebih 100 pelajar di rumahnya setiap hari dengan bayaran elaun RM300 sebulan.
Che Hasnah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Chabang Tiga mendakwa, suaminya sebelum itu tidak pernah mempertikaikan fahaman politiknya namun perubahan jelas berlaku sejak Yahaya kerap pergi ke Kota Bharu untuk mendengar ceramah Pas dan apabila pulang ke rumah pertengkaran akan berlaku.
Dakwa Che Hasnah, dia percaya bekas suaminya itu dihasut oleh rakan-rakannya yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas sehingga Yahaya rasa tercabar dan mengambil tindakan drastik itu.
"Sebelum memfailkan cerai di mahkamah, dia memberitahu saya bahawa dia tidak mahu lagi tinggal di rumah kami dan akan berpindah ke rumah anak-anaknya dengan isteri pertamanya.

"Bila dia cakap macam itu, saya tidak menolak kerana saya tahu dia sudah tidak sayangkan saya kerana tidak menyokong Pas malah setiap hari dia menuduh saya macam-macam," dakwa Che Hasnah lagi.
Terdahulu, proses penceraian secara sah pasangan tersebut yang tidak dikurniakan cahaya mata dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud.
"Saya sahkan penceraian talak satu kali pertama antara kamu dengan tuntutan mutaah sebanyak RM200 dan tuntutan edah sebanyak RM600.

"Pihak lelaki perlu membayar tuntutan ini secara ansuran selama empat bulan bermula akhir Julai ke dalam akaun bank pihak wanita dengan membawa dua orang saksi," perintah Mohd. Hafiz.
Turut hadir di mahkamah adalah beberapa ahli keluarga mereka yang dipercayai anak-anak Yahaya dengan isteri pertamanya yang sudah meninggal dunia. - UTUSAN MALAYSIA

"ANAK DERHAKA SULTAN, BAPA SEDIH & PILU ANAK JADI KAMBING HITAM PEMBANGKANG”



























REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat. ''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu. Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.

''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya. Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.

''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.

''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya. Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.

''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.

Wednesday, 11 July 2012

VIDEO PENDEDAHAN "DALANG DISEBALIK AMUKAN IMAM MAHDI"

SIAPAKAH DALANG?
SIAPAKAH PERANCANG?
DISEBALIK AMUKAN IMAM MAHDI INI..


VIDEO INI AKAN MENJELASKAN SEGALANYA

Monday, 2 July 2012

Undi PAS Tidak Masuk Syurga – Ustaz Hassan Basri Mohamad

Penyokong PAS diajak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PR13) kerana mengundi parti Islam itu tidak menjamin masuk syurga sebaliknya mengundi BN memberi lebih kebaikan kepada agama Islam.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri Mohamad, berkata penyokong PAS jangan termakan fatwa pemimpin parti itu kerana PAS bukan agama Islam tetapi ia sebuah parti politik.
Malah,katanya, dakwaan pemimpin PAS parti itu memperjuangkan Islam juga tidak benar kerana pemimpinnya sudah banyak melanggar prinsip perjuangan Islam dan menolak Al-Quran yang dijadikan pegangan kepada parti itu.
“Kalau dulu ia menuduh ahli UMNO kafir kerana berkawan dengan rakannya dari MCA dan MIC tetapi parti PAS kini bersekongkol dengan DAP dan apa bezanya antara UMNO dan PAS,” katanya.
Beliau berucap dihadapan 5,000 tetamu pada Ceramah Perdana anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Besut, di padang Sekolah Kebangsaan Padang Lus, dekat Jertih, malam tadi.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh,yang juga ADUN Jertih, Timbalannya, Nawi Mohamad (ADUN Hulu Besut), Naib Ketua Bahagian, Muhamad Pehimi Yusof (ADUN Kota Putera) dan Setiausaha Bahagian, Dr A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut).
Hassan juga mengingatkan umat Islam dan bangsa Melayu akan rugi besar jika memberi laluan kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah Malaysia kerana semua kepentingan Melayu,Agama Islam dan Raja Melayu akan dihapuskan.
Beliau yang sebelum ini turut merangka manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ke 12 berkata kerajaan PR Selangor sehingga ini tidak menunaikan 21 janji yang dibuat pilihan raya lalu dan rakyat sepatutnya sedar dengan kegagalan kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).