Tuesday, 14 August 2012

Pas Terengganu Bahang Tanah Untuk Kroni, Mengata orang mereka hok lebih!!!!


Banyak tanah di kawasan bandar Kuala Terengganu yang bernilai tinggi diagihkan kepada syarikat-syarikat kroni pemimpin Pas ketika parti itu memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, pemimpin Pas berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah di Terengganu sepanjang pemerintahan parti tersebut menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar.
“Banyak kawasan tanah di bandar Kuala Terengganu yang mempunyai nilai komersil tinggi dan boleh dibangunkan dengan macam-macam projek, kita (Kerajaan BN) simpan bagi kegunaan masa depan.
“Bagaimanapun, tanah-tanah tersebut telah diagih-agihkan kepada kroni-kroni pemimpin Pas yang berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Isu tanah menjadi topik hangat pada persidangan DUN kali ini apabila pihak pembangkang cuba memutar-belitkan isu berkenaan seolah-olah menampakkan kesalahan Kerajaan BN.
Beliau berkata, keadaan itu amat jauh berbeza pada zaman pemerintahan BN yang sangat telus dalam soal pembahagian tanah kepada rakyat.
“Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada semua rakyat yang layak. Ada juga beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah (semasa pemerintahan BN) kerana mereka layak mendapat tanah,” katanya.
Menteri Besar berkata, Kerajaan BN tidak menyorok pembahagian tanah kepada wakil rakyat, tetapi Pas tidak berbuat demikian, sebaliknya berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi.
Katanya, syarikat dan koperasi Pas diberi tanah yang luas dan tanah yang mempunyai nilai komersil tinggi di kawasan bandar.
Pada persidangan DUN sebelum ini, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah mendedahkan kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Katanya, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail.
Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN Pas Kuala Besut) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid.
Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Alias mendedahkan lagi kepada DUN, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN Pas Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar.
Tambah beliau, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Pengerusi Harakah.

Thursday, 9 August 2012

MORSHI MEMILIH NASIONALIS BUKANNYA ISLAMIS- APA KATA PAS?

Apabila Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan, para pemimpin dan pengikut PAS di negara ini bertakbir riuh rendah. Mereka memikirkan yang Mohamed Morsi akan menepati ciri-ciri yang didendangkan oleh PAS dalam kempen-kempen 'Islamik' mereka di seluruh Malays
ia.

Maka pelbagailah cerita yang hebat-hebat tentang Mohamed Morsi serta gerakan Ikhwanul Muslimin yang akan mewujudkan sebuah Negara Islam di Mesir mengikut acuan dan fahaman PAS.

Malangnya, Mohamed Morsi bukanlah pemimpin PAS PIS PUS. Bahkan apa yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia juga terlalu jauh daripada pengetahuan Mohamed Morsi.

Perlantikan Hisham Kandel sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru, menyangkal segala tuduhan dan dogma PAS terutama sekali Nik Abdul Aziz bahawa NASIONALIS itu adalah KUFUR yang KAFIR.

Kita nak tengoklah selepas ini, adakah keluar lagi fatwa daripada penzuhud PAS tentang NASIONALIS dan KEBANGSAAN. Kalau ditentang, bermakna mereka menentang jugalah Mohamed Morsi yang sebelum ini digambarkan sebagai 'bayangan Mahdi'... 

Saturday, 4 August 2012

Siapa membela nasib Hasyim, Ke Mana Hilang Tabung Kutipan Pelajar yang ditarik pinjaman

Pengakuan terbuka Muhammad Hasyim Che Ngah 21, salah seorang daripada 9 pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) pada sidang media telah membuka mata ramai pihak & mengejutkan pihak pembangkang yang selama ini berjuang untuk pelajar-pelajar yang ditarik pinjaman kerana melanggar perjanjian pengajian.

PAS bagaikan lipas kudung & mengelabah kerana pengakuan Hasyim telah membuka mata ramai pihak yang tertipu dengan laungan pembangkang untuk membela nasib 9 orang pelajar yang ditarik pinjaman.


 Muhammad Hasyim yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Ain Sham, Mesir  yang menyesal menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai tahun lalu mengaku bahawa sepanjang pengajian beliau di tamatkan menjadikan kehidupan beliau tertekan kerana parti PAS yang dikatakan memperjuangkan nasib beliau hanyalah menjadikan Hasyim mainan politik mereka.

Dengan tabung kutipan derma yang dilancarkan PAS untuk menolong 9 pelajar tersebut, hasyim mengaku hanya mendapat RM50 sahaja, daripada jumlah tersebut hasyim tidak dapat menanggung pengajiannya di mesir yang memerlukan ratusan ribu berbanding duit tabing yang diberikan oleh PAS.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran, adakah duit tabung yang dilancarkan PAS untuk Hasyim & rakan-rakan tersebut hanyalah dapat diberikan RM50 sahaja, PAS yang begitu banyak mengutip derma & membuli penyokongnya sehingga berbakul-bakul yang dikutip kononnya diletakkan atas nama jihad fisabilillah tetapi  kemanakah hilangnya duit tersebut?

PAS menabur janji untuk menolong Hasyim & rakan-rakan, setiap hari PAS akan menjaja janji-janji kepada 9 orang pelajar tersebut dipentas politik mereka bagi meraih sokongan rakyat, pelajar yang menjadi mangsa mereka diheret ke kancah politik bagaikan lembu dicucuk hidung dengan permainan & rentak politik PAS yang suka menabur janji kosong.

Kini apabila hasyim mula terjerat dia mula sedar & mengaku berasa kesal dengan apa yang berlaku keatas dirinya & membuat pengakuaan apa terjadi hanyalah untuk sokongan politik Pembangkang yang tiada kaitan dengan kemajuan serta kebajikanya sebagai pelajar.

Hasyim telah meminta maaf kepada kepada keluarganya kerana hampakan mereka & merayu supaya diberi peluang kedua & beliau juga berjanji tidak akan melakukan kesalah itu lagi.

Nasihat Hasyim kepada rakan-rakannya supaya tidak lagi menjadi mangsa kepada pembangkang yang hanya mengaut keuntungan politik mereka & dipergunakan di jalanan untuk menyalak melaungkan kata-kata kesat & menghina pemimpin, sedangkan hakikatnya mereka dijadikan keldai politik murahan pembangkang.