Sunday, 23 September 2012

SIAPA ASSABIYAH.... PAS ATAU UMNO???

Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta’asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Sikap ta’asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.

Apabila datang Islam sikap ta’asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".

Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah". Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walau bagaimanapun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata-mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS.
Wallahuallam.

Wednesday, 19 September 2012

Keajaiban Dunia di Hulu Terengganu : Wanita Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri Perempuan Hingga Lahirkan Anak?

“Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu.”

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk “Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis” disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah ‘bisikan’ tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan ‘jubur’ pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber ‘bisikan’ pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber ‘bisikan’ sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.
Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

Sumber : www.terenggganutoday.com

Tuesday, 18 September 2012

Ulama Parti Hina Nabi?

Apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims disiarkan, semua umat Islam mengambil reaksi tegang dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula menerbitkan filem berkenaan.

Namun apabila seorang "ulama parti" dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan tentang Nabi Muhammad SAW seolah-olah merendah-rendahkan martabat baginda, tiada kecaman dan kri
tikan diberikan oleh penyokong dan pemimpin parti itu terhadap "ulama parti" ini.

Persoalan yang timbul, adakah kita cuma akan mempertahankan martabat baginda Rasullullah SAW apabila dihina oleh orang bukan Islam namun bersikap berdiam diri apabila martabat nabi kita direndah-rendahkan oleh pemimpin parti politik yang kita sokong?

Kalau beginilah senarionya, Wak ucapkan TAHNIAH kerana nampaknya pemimpin parti politik sedang cuba "dimaksumkan" oleh para pengikutnya.

Di alam kubur nanti kita tidak ditanya tentang parti anutan kita semasa di dunia, sebaliknya kita akan ditanya tentang Tuhan kita, Nabi kita dan agama kita.

Thursday, 13 September 2012

PAS TERENGGANU BAHAM TANAH KERAJAAN UNTUK KRONI

















Zaman pemerintahan PAS, Koperasi Koinsaf yang dipengerusikan Bendahari PAS Kemaman, Roslin Abdul Rahman dan AJK koperasi itu termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail. Koinsaf diberi kawasan komersil lot PT3378 berkeluasan 11,516 meter persegi dengan bayaran premium RM340,000 sahaja. Setelah BN ambil alih Terengganu tahun 2004, Kerajaan Negeri terpaksa membeli semula hartanah itu untuk tujuan pembangunan dan Koninsaf memperolehi RM8.06 juta. 

Zaman pemerintahan PAS, dua wakil rakyat parti itu menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat iaitu ADUN Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mahyuddin Abd Rashid. Pemimpin PAS itu mendapatkan lot kedai PT3431 dengan kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200. Setelah BN ambil alih Terengganu, Kerajaan Negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715 (lot PT3428), RM372,500 (lot PT 3429), RM372,500 (lot PT3430) dan RM365,000 (lot PT3431).


Zaman pemerintahan PAS, persatuan milik isteri wakil rakyat PAS, Khairunisa’ membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok. Selepas BN ambil alih Terengganu, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM2.096 juta bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Zaman pemerintahan PAS, tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN PAS Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar.

Zaman pemerintahan PAS, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada kroni PAS iaitu syarikat North East Plantation yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang pada ketika itu adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi akhbar milik PAS, Harakah

MB SELANGOR SAMUN DUIT RAKYAT RM14.5 JUTA


SHAH ALAM 12 Sept. - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membeli 50 model lori kompaktor sampah yang sudah tidak dikeluarkan lagi bernilai RM14.5 juta, selain tanpa melalui pengedar tunggal peralatan berkenaan menimbulkan tanda tanya.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed  berkata, meskipun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pembelian kompaktor tersebut dibuat secara terus dengan syarikat pengeluar di China tetapi persoalannya siapakah yang memutuskan pembelian itu.

"Jika benar model tersebut sudah tidak dikeluarkan, jenis apakah yang sebenarnya dibeli? Siapakah yang memutuskan pembelian tersebut? Sehingga kini, lori-lori kompaktor itu dikatakan masih belum sampai.