Wednesday, 16 January 2013

KALIMAH ALLAH : ‘ITU MENGARUT’ – NIK AZIZ U TURN!!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya membuat penjelasan baru kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Pendirian terbaru Nik Aziz dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari yang menolak persetujuan bersama Pakatan Pembangkang sebelum ini yang sepakat membenarkan kalimah Allah diguna pakai bukan Islam.

Cubaan mendapatkan reaksi Ahli Majlis Syura tentang hasil keputusan mesyuarat itu gagal apabila mereka keluar menerusi pintu belakang, sebaliknya wartawan hanya diberikan Kenyataan bertulis ini yang ditandatangani Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Namun pada keesokan harinya, Nik Aziz ditemui pemberita di Kota Bharu diminta mengulas isu tersebut.

“Allah bubuh nama dia sendiri, Allah, dan disebut Allahu Ahad, Allah satu. Jadi, kalau ada orang lain nak guna, ugama lain yang tidak tuhannya tidak satu, tiba-tiba nak guna Allah. Tak betul. Bila ugama lain tidak..tidak tuhannya tidak satu, kenapa bubuh nama Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai Tuhan yang satu Maha Kuasa. Jadi, kalau ada ugama lain yang tidak tuhan satu, bahkan tiga ataupun lebih, tiba-tiba nak guna Allah, itu mengarut.” – katanya dilaporkan Buletin Utama, TV3 semalam.

Soalan wartawan : Sebelum ni, Tok Guru kata apa ni orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah ni, jadi maknanya…

“Dia nak kata boleh, nak kata tapi nak larang macam mana?.”

Soalan wartawan : Nak sebut boleh?

“Nak sebut tapi tak betul. Tak betul kerana dia guna, orang tidak Islam tentunya tuhan tidak satu, ada trinity..ada.tiga. Kalau Hindu tinglak atau tiga laksa tuhan dia, tiba-tiba nak guna nama Allah juga, itu penggunaan yang salah. Makna tak betul, penggunaan tak betul.”

Pada 8 Januari lalu, Nik Aziz berkata beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

“Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam,” katanya yang memberikan jawapan bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, para mufti dan beberapa ilmuan dalam PAS.

No comments:

Post a Comment