YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan perasaan gembira dengan
persediaan yang telah dilakukan oleh Jentera Pemuda UMNO Negeri
Terengganu.
"Dengan persediaan rapi jentera pemuda
bermotor, pasukan poster, pasukan pemuda gerak gempur dan pasukan yang
akan mendekati pengundi-pengundi muda melalui program-program yang
pelbagai, saya yakin Terengganu akan mendapat keputusan yang lebih baik
dari pilihanraya tahun 2008", kata beliau ketika ditemui di majlis
santai bersama Ngo Kuala Nerus lewat petang semalam.
Beliau juga mengharapkan
pengundi-prngundi baru yang akan mengundi kali pertama pada pilihanraya
umum ke 13 akan datang terus didekati dan memastikan mereka terus
menyokong barisan Nasional.
YB Khairy sebelum itu telah melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (KIBAR) Pantai Timur di Hotel Permai. Seramai lebih 400 orang mahasiswa telah menyertai kelab ini yang terdiri daripada penuntut dibeberapa buah IPTA di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dalam lawatan kali ini juga YB Khairy
telah berkesempatan melawat Pusat Daerah Mengundi Gelugur Kedai, DUN
Alur Limbat dan Pusat Daerah Mengundi Bukit Tunggal, DUN Bukit
Tunggal.Ternyata beliau amat gembira dengan persediaan jentera pemuda di
kedua-dua tempat yang telah dilawatinya.
Ketika ditanya tentang kemungkinan
calon-calon pemuda akan diketengahkan dalam piliharaya umum ke13 di
Terengganu, beliau menyatakan bahawa pemuda dibawah pimpinannya
menyerahkan segala keputusan kepada pihak tertinggi parti.
Sumber : anginlautchinaselatan.blogspot.com


Dah lupaker...Dia jadi Ketua Pemuda atas dasar rasuah?
ReplyDelete