Monday, 14 January 2013

TAHNIAH!! ANALISIS HKR #112 PARTI DALAM ANCAMAN.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang (anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya gambar gambar dalam Stadium menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.
Tetapi, dua anggaran yang amat jauh perbezaannya, jadi saya buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat.

Pertama, saya semak kapasiti Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan di gelanggang sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.
Penyertaan seramai 55,000 orang boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta terdiri daripada kaum Melayu,kebanyakan mereka ahli atau penyokong PAS, selain PKR. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula dianggar tidak signifikan.

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa sebabnya:
Pertama, para penyokong Pakatan Rakyat mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi.
Kedua, Ketiadaan isu besar yang mampu menaikkan kemarahan rakyat.
dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.

Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini oleh Merdeka Center pada bulan Disember 2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu, 76% di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.
Persepsi keatas Barisan Nasional pula menunjukkan, 63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan Rakyat, kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan Rakyat, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan Rakyat.

Walaupun angka angka menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina kekal bertekad hendak menjatuhkan kerajaan BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam.

No comments:

Post a Comment