Sunday, 6 January 2013

UMNO terus Kafir dimata PAS : DAP di angkat & disanjung!!!

Nampaknya pertembungan di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan para ulama muktabar dari kalangan para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa tidak dapat dielakkan lagi bagi menghurai “dosa-dosa” amanat politik Presiden PAS itu.

Sebagaimana maklum, Hadi meminta tempoh berdurasi selama satu jam untuk berforum di kaca televisyen dan bersemuka bersama para ilmuan Islam yang selama ini mendesaknya untuk menarik balik amanat songsang itu.
Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beliau hanya menunggu permohonan rasmi dari pihak Abdul Hadi untuk meneruskan forum “meletop” itu dan beliau dijangka akan memberikan maklum balas positif terhadap permohonan tersebut.

Persoalannya, bila Abdul Hadi nak hantar surat permohonan itu kepada kementerian terbabit? Atau Hadi hanya cakap saja lebih, tapi sebenarnya penakut di sebalik jubah meleretnya?

Sebagaimana maklum, ikhtilaf di kalangan ulama sememangnya salah satu insiden yang biasa berlaku di kalangan para ilmuan Islam dalam melakukan ijtihad, khususnya apabila melibatkan hukum hakam dan kepentingan Islam.

Saya yakin, sekiranya Abdul Hadi berforum atau bermuzakarah dengan para Mufti serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan nanti, sudah tentu ia akan berakhir dengan keputusan yang membabitkan percanggahan pendapat.

Hadi tidak mungkin akan mengalah memandangkan dia berkiblatkan politik.
Manakala para ilmuan Islam yang terdiri dari para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa itu pula sudah tentu akan mempertahankan fahaman Islam serta kepentingan ummmah di negara ini dengan meminta Presiden PAS itu menarik balik amanatnya.

Saya berpendapat, forum atau muzakarah itu tidak akan mencapai kata sepakat atau persetujuan di antara Abdul Hadi atau ulama-ulama yang mewakili Islam itu.

Jadi, janganlah para muslimin dan muslimat di negara ini memberikan harapan tinggi agar perkara ini dapat dihuraikan kekusutannya sebagaimana yang kita mahu. Hadi tidak mungkin mengiktiraf lebih tiga juta orang UMNO sebagai penganut agama Islam.

PAS sudah semestinya gembira apabila melihat umat Islam di negara ini tidak bersatu, berpecah belah dan adalah menjadi bonus bagi mereka bila “Tok Guru” mereka itu menganggap UMNO sebagai kafir dan wajar diperangi.

Saya yakin PAS tidak pernah rasa berdosa mengkafirkan saudara seagama sendiri dan sebaliknya mereka sangat merasa bangga dapat bersahabat dengan “syaitan-syaitan” yang bertopengkan manusia sebagai sekutu demi mengejar kuasa di dunia.

Begitulah jika jiwa sudah bertuhankan politik. Direndam di dalam “clorox” sekali pun, mereka tetap tegar menolak yang haq dan menonggak yang batil. Itulah PAS, dulu, kini dan mungkin selamanya…

No comments:

Post a Comment