.
Dalam satu ucapan awal tahun 1980an, di Johor Bharu, Ustaz Hj Hadi ada menyebut..Kita letakkan calon Pas untuk bertanding di Johor Bharu ini, bukanlah semata-mata untuk mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, kita tidak akan letak calon di sini, kerana kita sedar, bahawa di Johor Bharu ini, adalah kubu Umno yang tidak mungkin kita boleh menang. Tetapi, kenapa kita letakkan calon Pas di sini? Tidak lain adalah untuk menyelamatkan akidah saudara kita. Telah menjadi tanggungjawab kita, perjuangan kita untuk menyelamatkan akidah saudara kita, walau pun hanya ada seorang pengundi Pas di sini, kita perlu selamatkan akidahnya. InsyaAllah, inilah peranan kita, peranan Parti Islam SeMalaysia, PAS.
Apakah maksud menyelamatkan akidah saudara kita dalam petikan ucapan di atas? Secara mudah, maksudnya agar jangan ada orang Islam mengundi BN/Umno, kerana akidah mereka akan rosak. Dengan mengundi Pas, akidah seseorang itu selamat dari menjadi kafir.
Ucapan-ucapan beginilah yang menyebabkan ramai ahlinya taksub terhadap Pas. Apa pun yang dibuat oleh pimpinan Pas betul belaka. Sebaliknya segala tindak-tanduk Umno adalah jahat, kerana mereka bakal penghuni neraka. Begitulah yang mereka faham. Pegangan-pegangan begini menjadikan ahli Pas fobia hingga takut sungguh dengan Umno. Sembelihan lembu, kerbau, ayam, itik oleh Umno tak akan disentuh kerana umpama memakan bangkai. Kalau buat kenduri aqiqah atau korban anak, saudara kandung yang Umno tak akan dijemput, risau apabila mereka makan ibadat aqiqah atau korban itu terbatal, tidak jadi kenduri, hanya jamuan biasa sahaja.
Ramai juga yang tidak solat Jumaat di khariah sendiri, sebab imamnya Umno. Bimbang solat Jumaat tidak sah kerana berimamkan orang Umno yang sesat akidah. Ketika inilah berlakunya isu solat dua imam yang amat serius, terutamanya di Terengganu. Sesetengah tempat seperti di Kedah, ada guru dan pelajar pondok yang langsung tidak solat Jumaat bertahun-tahun, kerana imam di masjid itu orang Umno. Banyak juga kes-kes yang dibawa ke mahkamah terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak. Ketegangan antara ahli Pas dan Umno ketika itu sangat kronik. Bila-bila sahaja boleh bergaduh hingga membunuh sekali pun.
Seperti yang disebut sebelum ini, kemuncak dari perselisihan ini, berlakunya peristiwa berdarah di Felda Lubuk Merbau, Kedah pada tahun 1984. Seorang petugas Pas mati dalam pergaduhan antara penyokong Pas dengan penyokong Umno. Diikuti pula dengan peristiwa Memali pada 19 November 1985. Atas kefahaman jika mati ketika berjuang pertahankan Pas adalah mati syahid, maka jasad 13 daripada 14 orang mangsa yang gugur dalam peristiwa Memali itu, tidak disolat dan tidak dimandikan.
Ustaz Hj Hadi antara pimpinan Pas pertama mengeluarkan fatwa mereka yang mati itu syahid. Setelah itu, seluruh ahli Pas sehingga hari ini yakin penuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya syahid. Lalu jenazah mereka diuruskan sebagaimana orang yang mati syahid. Pada 29 Disember 1985, ketika ceramah di Kg. Raja, Besut Ustaz Hj Hadi menjelaskan,
Bahawa 14 orang sahabat kita yang dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang masih berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.
Ketegangan ini berlaku setelah ahli-ahli Pas berpegang kepada Amanat Tuan Guru Hj Hadi Awang yang disebutnya dalam ceramah pada 7 April 1981 di Kg Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Kandungannya itu berbunyi,
Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Budha, tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan รข€˜politik suku, agama suku.

Pada pandangan kawe,Abdul Hadi lagi takut dengan kenyataan Karpal 'merayu'(baca: mengarahkan) Presiden Pas supayaa meminta Majlis Syura mengkaji balik keputusannya berkaitan penggunaan kalimah ALLAH. Sebabnya, isu amanat tu dia dah cuba jawab walaupun berbelit-belit dan cuba menyalahkan pihak lain,tapi isu kenyataan karpal tu masih lagi senyap sunyi sampai ke hari ini. Macam ni ke Presiden parti yang kata nak memperjuangkan Islam? jauh panggang dari api.
ReplyDelete