Wednesday, 30 January 2013

PAS SEMAKIN JUMUD BERTINDAK KE ATAS NASHARUDDIN


Akhirnya Pas mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa Pas mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.

Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.

Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.

Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolah inisiatif UG.

Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.

Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat ang diadakan.

Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.

Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.

Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli Pas.

Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.

Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan Dap dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi Dap Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya Pas adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.

Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.

Pas iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.

Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik AZiz dan dipaksa ke atas pas menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.

Nasharuddin seorang pemimpin Pas yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.

Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan Pas tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.

Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.

Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin?

Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?

Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir!




Saturday, 26 January 2013

Dap Marah Bakar bible bahasa melayu PAS pertahankan Dap?


Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak se JEMPUT membuat liputan media Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS Dun Tepoh) pd 26 Jan 2013 di Kg Padang Nenas, Tepoh..Tentatif: 8 Pg: Minum Pagi Dgn YB Kita, 10 Pg: Bermotosikal Jengok Org Kg(100 buah motosikal), 10 Pg Juga: Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mahmud Mat di Masjid, Jam 12: Kenduri Rakyat. bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama?

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.

Thursday, 24 January 2013

PAS rasa Terhina Bersama DAP, Kalimah Allah Di jual Pucuk Pimpinan PR


Golongan PAS di akar umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan Karpal yang biadap itu.
Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.

Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut “dibalun” habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.
Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi “diperguna”, “diperlekeh”, dan “dibisukan” sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.

Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat “selesa berkerusi empuk” di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.
Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?

Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi “sahabat syaitan” PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan “terlarang” mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan “sahabat-sahabat syaitan” mereka itu!

Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS “dikeldaikan” DAP dan PKR.

Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.
Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak “bersahabat dengan syaitan”.

Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…

Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?

Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi “keldai tunggangan” DAP dan PKR selamanya..?

Wednesday, 23 January 2013

Pemimpin PAS Terengganu rampas isteri Penyokong tegar?

PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah oleh penyokong tegar mereka & disembah di puja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai oleh mereka melainkan pemimpin PAS.

Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB adun ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang beracap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.

Akhirnya, isteri penyokong tegar ini menuntut fasakh di mahkamah, kerana tidak mahu menanggung dosa isterinya yang curang penyokong tegar PAS ini telah menceraikan isterinya & terbukti selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB PAS adun ladang tersebut, sehingga kini penyokong tegar PAS ini menanggung derita & rasa amat terhina dengan perbuatan isterinya serta merasa teramat aib dengan masyarakat.

Dia sungguh tidak sangka seorang YB PAS yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seoarang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.

AMANAT DAP kepada ahli PAS...

SIAPA YANG TIDAK KENAL LIM KIT SIANG PADA 13 MEI 1969?
YANG AHLI PAS SANGGUP BELAI DAN SAYANG SELAMA INI....

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”. 

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei 69, Jalan Bukit Bintang. ... 

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei 69, Jalan Bukit Bintang. 

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei 69, Jalan Changkat Dollah. 

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei 69, Jalan Tunku Abdul Rahman. 

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei 69, Jalan Khir Kampung Baru. 

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei 69, depan Balai Polis Jalan Pudu. 

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei. 

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei 69, Jalan Canvel. 

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei 69 Jalan Bukit Bintang.

Tuesday, 22 January 2013

VIDEO NIK AZIZ SAMAKAN KRISTIAN DENGAN SAMBUT MAULIDUR RASUL!!

Adakah selama ini umat Islam yang menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.semata-mata untk bertanding dan meniru golongan Kristian?Inilah yang dikatakan oleh Nik Aziz bila mengulas tentang Sambutan Maulidurrasul.

Tetapi apa yang berlaku di Pulau pinang.. nampak PAS sudah terang lagi bersuluh menjadikan agama sebagai sandiwara politik...
















Sunday, 20 January 2013

23 Januari Demonstrasi serentak bantah Majlis Peguam!!


PETALING JAYA: Sebanyak 13 NGO akan mengadakan demonstrasi secara serentak di seluruh negara pada 23 Januari ini sempena perbicaraan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz melawan Majlis Peguam.
Bagi Kuala Lumpur, demonstrasi akan di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini.
Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris), Azman Haj Hassan berkata,  perlu bagi masyarakat, khususnya  golongan profesional  menilai peranan dan tanggungjawab  Majlis Peguam yang dilihat semakin tersasar dari tujuan asal  penubuhannya.
“Dalam tempoh beberapa tahun ini, semakin jelas peranan Majlis  Peguam, yang asalnya ditubuhkan untuk memelihara keluhuran  profesion peguam, semakin diperkecilkan demi kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan hilangnya rasa hormat  terhadap badan tersebut.
“Gerakan ini berbilang kaum yang  majoritinya bukan merupakan peguam tetapi rakyat adalah  merupakan pelanggan kepada khidmat guaman dan selaku pelanggan, rakyat berhak untuk mendapat khidmat guaman  terbaik yang diselenggara oleh Majlis Peguam yang baik dan berdisplin,” katanya dalam sidang media hari ini.
Azman menambah demontrasi 23 Januari bertujuan memberikan sokongan padu dan jitu kepada tindakan saman Khairul; mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat dan peguam terhadap hipokrasi dan konspirasi jahat serta kecurangan Majlis Peguam.
Selain itu untuk mendedahkan Majlis Peguam sejak 1998 yang menjadi pusat perang saraf  agenda republik, sosialis, komunis, LGBT, pluralisma (agenda politik DAP dan PKR)
Momentum bantahan
Selain itu ia juga untuk memulakan momentum bantahan seluruh negara terhadap Majlis Peguam.
Pada tahun lalu, Majlis Peguam telah memanggil satu mesyuarat agung luar biasa untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0.
Khairul Azam  yang menghadiri EGM berkenaan mendapati tidak mematuhi peraturan mesyuarat di bawah akta profesion peguam.
Beliau melihat pelatih dalam kamar turut mengundi sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk mengundi. Malah, orang luar juga turut mengundi.
Prosedur dan aturcara perjalanan mesyuaratberkenaan telah tercemar. Pengundian pula tidak telus dan tidak bersih.
Beliau mencabar keputusan mesyuarat agung luar biasa tersebut melalui saman terhadap Majlis Peguam.
Pada 23 Januari ini  Majlis Peguam cuba menutup kesalahan mereka dengan memohon kepada mahkamah agar saman Khairul Azam diketepikan dengan alasan kononnya saman tersebut adalah remeh dan menyusahkan mahkamah.

Khairy Jamaluddin di serbu Pemuda Terengganu

YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan perasaan gembira dengan persediaan yang telah dilakukan oleh Jentera Pemuda UMNO Negeri Terengganu. 
"Dengan persediaan rapi jentera pemuda bermotor, pasukan poster, pasukan pemuda gerak gempur dan pasukan yang akan mendekati pengundi-pengundi muda melalui program-program yang pelbagai, saya yakin Terengganu akan mendapat keputusan yang lebih baik dari pilihanraya tahun 2008", kata beliau ketika ditemui di majlis santai bersama Ngo Kuala Nerus lewat petang semalam.
Beliau juga mengharapkan pengundi-prngundi baru yang akan mengundi kali pertama pada pilihanraya umum ke 13 akan datang terus didekati dan memastikan mereka terus menyokong barisan Nasional.

YB Khairy sebelum itu telah melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (KIBAR) Pantai Timur di Hotel Permai. Seramai lebih 400 orang mahasiswa telah menyertai kelab ini yang terdiri daripada penuntut dibeberapa buah IPTA di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dalam lawatan kali ini juga YB Khairy telah berkesempatan melawat Pusat Daerah Mengundi Gelugur Kedai, DUN Alur Limbat dan Pusat Daerah Mengundi Bukit Tunggal, DUN Bukit Tunggal.Ternyata beliau amat gembira dengan persediaan jentera pemuda di kedua-dua tempat yang telah dilawatinya.
Ketika ditanya tentang kemungkinan calon-calon pemuda akan diketengahkan dalam piliharaya umum ke13 di Terengganu, beliau menyatakan bahawa pemuda dibawah pimpinannya menyerahkan segala keputusan kepada pihak tertinggi parti.
"Kita serahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan keputusan mutlakY.A.B Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional, Pemuda akan sokong siapa saja yang akan diketengahkan sebagai calon. Pemuda dibawah (pimpinan) saya lebih sayangkan parti dan kita mengharapkan kemenangan kepada parti".

Sumber : anginlautchinaselatan.blogspot.com

Saturday, 19 January 2013

Azmin Ali sokong Kalimah Allah Dalam ‘Bible’, PAS terdiam!!

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya. 

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.  Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.  

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri.  Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam. 

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya. 

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:   

1.       Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2.       Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3.       Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4.       Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali. 

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.  Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS? 

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.  Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.  Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam. 

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam. 

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir.  Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.   Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka. 

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar?  Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?   

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.   Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.   Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya.  Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu. 

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi. 

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.  Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan.   Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu. 

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri.  Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara.   Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam. 

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan.  Amin. 

ISU KALIMAH ALLAH PAS TERANCAM..!!

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?

Friday, 18 January 2013

AZMIN ALI MENYOKONG KALIMAH ALLAH UNTUK KRISTIAN, MEMBANTAH MAJLIS SYURA ULAMA PAS!!!

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PKR ... 

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. 

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan dan apa yang di putuskan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya, ” tegasnya.


“TETAPI KEPUTUSAN MAJLIS SYURAH HANYA TERPAKAI UNTUK AHLI-AHLI PAS SAHAJA" 

Kenyataan terbaru Azmin yang dianggap mewakili kenyataan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bercanggah dengan kenyataan Dewan Ulama PAS.

Wednesday, 16 January 2013

KALIMAH ALLAH : ‘ITU MENGARUT’ – NIK AZIZ U TURN!!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya membuat penjelasan baru kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Pendirian terbaru Nik Aziz dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari yang menolak persetujuan bersama Pakatan Pembangkang sebelum ini yang sepakat membenarkan kalimah Allah diguna pakai bukan Islam.

Cubaan mendapatkan reaksi Ahli Majlis Syura tentang hasil keputusan mesyuarat itu gagal apabila mereka keluar menerusi pintu belakang, sebaliknya wartawan hanya diberikan Kenyataan bertulis ini yang ditandatangani Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Namun pada keesokan harinya, Nik Aziz ditemui pemberita di Kota Bharu diminta mengulas isu tersebut.

“Allah bubuh nama dia sendiri, Allah, dan disebut Allahu Ahad, Allah satu. Jadi, kalau ada orang lain nak guna, ugama lain yang tidak tuhannya tidak satu, tiba-tiba nak guna Allah. Tak betul. Bila ugama lain tidak..tidak tuhannya tidak satu, kenapa bubuh nama Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai Tuhan yang satu Maha Kuasa. Jadi, kalau ada ugama lain yang tidak tuhan satu, bahkan tiga ataupun lebih, tiba-tiba nak guna Allah, itu mengarut.” – katanya dilaporkan Buletin Utama, TV3 semalam.

Soalan wartawan : Sebelum ni, Tok Guru kata apa ni orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah ni, jadi maknanya…

“Dia nak kata boleh, nak kata tapi nak larang macam mana?.”

Soalan wartawan : Nak sebut boleh?

“Nak sebut tapi tak betul. Tak betul kerana dia guna, orang tidak Islam tentunya tuhan tidak satu, ada trinity..ada.tiga. Kalau Hindu tinglak atau tiga laksa tuhan dia, tiba-tiba nak guna nama Allah juga, itu penggunaan yang salah. Makna tak betul, penggunaan tak betul.”

Pada 8 Januari lalu, Nik Aziz berkata beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

“Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam,” katanya yang memberikan jawapan bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, para mufti dan beberapa ilmuan dalam PAS.

Monday, 14 January 2013

Berapa ramai ahli DAP di IslamKAN PAS?


Dr Ridhuan Tee Abdullah – SAYA tidak kisah sangat jika Umno bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun Umno dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh Pas. Saya amat hairan juga, kenapa Pas tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam.

Dek kerana PKR sama-sama menentang Umno, maka Pas sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi Umno – maaf, saya tidak labelkan semua orang Umno begitu. Begitu juga Pas.

Jika tidak ada Pas yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa Pas sanggup bekerjasama dengan PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma Pas sahaja perasan dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.

Malangnya, setakat ini, ultra kiasu masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapuk, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam Umno BN sejak merdeka? Persoalan yang perlu difi kirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?

Saya memuji sangka baik Pas dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh Pas melalui kerjasama ini? Apakah Pas dapat melunak mereka yang anti Islam?

Apakah Pas akan berjaya membanteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.

Apa pun, dalam isu kalimah ALLAH, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian Pas selama ini amat jelas. Pendapat ulama mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulama Pas terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulama Pas bertindak sedemikian.

Apa yang saya lihat, semakin lama Pas berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya, generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak Pas bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, Pas perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini.

Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam Umno. Dia masuk Umno kerana mahu mencuci ‘najis’ yang berada dalam Umno. Malangnya, setelah berada dalam Umno, dia terus bergelumang dengan ‘najis’ tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci ‘najis’ dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai yang sama.

Saya amat harap Umno tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. Umno akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik, kuasa dan undi. Jika Umno juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah Umno masih lagi tidak berubah. Umno sama juga seperti mereka.

Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah ALLAH adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.

Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu.

Kedua, selama ini kalimah ALLAH tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem Barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini.

Ketiga, kalimah ALLAH dan orang Melayu Islam sudah sebati walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Kita menghormati kalimah ini melalui lenggok bahasa bersopan, misalnya kalimah ALLAH, kita tidak sebut (perkataan ALLAH). Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaan-Nya.

Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah ALLAH dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan-Nya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan ALLAH.

Kelima, kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord tidak merujuk kepada ALLAH. Tuhan itu tidak sama dengan ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan syahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”.

Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna amat signifi kan. Bayangkan selepas ini semua bukan Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama ALLAH, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam. klik sini 

http://nalurirakyat.blogspot.com/

TAHNIAH!! ANALISIS HKR #112 PARTI DALAM ANCAMAN.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang (anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya gambar gambar dalam Stadium menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.
Tetapi, dua anggaran yang amat jauh perbezaannya, jadi saya buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat.

Pertama, saya semak kapasiti Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan di gelanggang sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.
Penyertaan seramai 55,000 orang boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta terdiri daripada kaum Melayu,kebanyakan mereka ahli atau penyokong PAS, selain PKR. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula dianggar tidak signifikan.

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa sebabnya:
Pertama, para penyokong Pakatan Rakyat mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi.
Kedua, Ketiadaan isu besar yang mampu menaikkan kemarahan rakyat.
dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.

Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini oleh Merdeka Center pada bulan Disember 2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu, 76% di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.
Persepsi keatas Barisan Nasional pula menunjukkan, 63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan Rakyat, kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan Rakyat, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan Rakyat.

Walaupun angka angka menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina kekal bertekad hendak menjatuhkan kerajaan BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam.

Yesus Tukar Kalimah Allah, satu malapetaka bagi PAS?

Selama lebih 1400 th Islam menggunakan nama Allah & Kristian gunakan nama God kenapa skg tiba-tiba nak diubah? Knp Hj Hadi & Nik Aziz setuju ikut sama ubah? Nama Allah itu mmg nama yg Allah kenalkan diriNya kpd umat Islam melalui Nabi Muhamma. 

Mengapa di Malaysia mereka ingin gunakan nama Allah? Apa tujuannya? Utk jdkan orang Islam kafir? Pemimpin PAS yang bersubahat memikul dosa yg terlalu besar.

Semua ajaran yg ada dalam bible Gospel St Paul yg disepakati & digunapakai di seluruh dunia sebenarnya mempertahankan konsep Trinity yg bertentangan dgn apa yg diajar oleh Nabi Isa. Org Kristian meyakini Old Testatement (Taurat) sebagai sebahagian Bible. Dlm Taurat, Tuhan dinamakan YAHWEH.


 Dalam Bible, menurut konsep Triniti, Tuhan dinamakan The Father, The Son & The Holy Spirit. Dlm Bible sewaktu sdg disalib disebutkan bahawa Jesus mengucapkan dlm Hebrew “Elly, Elly lamasaban tani” Ya Tuhan Ya Tuhan, Selamatkanlah anakMu ini..

Mengapa org Kristian tidak kekalkan sahaja sebutan God atau Elly atau YAHWEH atau Haleluyah sebagaimana sebutan seluruh org kristian di dunia? Kenapa di Malaysia mereka bersungguh2 ingin gunakan nama Allah?


Sekiranya mrk mengakui keujudan Tuhan Yang Esa & naik saksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, mrk boleh gunakan perkataan Allah! Jika mereka masih meyakini konsep trinity & kita benarkan mereka gunakan nama Allah samalah seperti kita mengesahkan & meyakini konsep trinity mereka sbg benar.


Jika pengunaan Kalimah Allah ini dibenarkan sama seperti Yesus disamakan dengan Allah s.w.t, tidak terfikirkah PAS bertapa jahilnyanya mereka seperti menyekutukan Allah S.W.T kerana ia ke arah membawa kepada pluralisma agama.

Negara  Islam tukar Negara Kebajikan
Dokumen Negara Islam tukar Buku Jingga
Yesus tukar Kalimah Allah
Last DAP GANTI PAS. Titik.



Sunday, 13 January 2013

HKL #112 HIMPUNAN SYIAH & SOLAT YANG BERLAINAN KIBLAT?



Rupa dalam perhimpunan HKR #112 ada terdapat golongan syiah daripada golongan Ahli PAS yang turut bersama meraikan untuk kebebasan pengamalan syaih di Malaysia, dan gambar ini merupakan bukti di dalam Parti PAS terdapat pengamalan ajaran syiah dan ajaran islam yang terpesong apabila berlaku juga solat Dua iman yang berlainan kiblat...?


Psst... Bila di panggil Parti Ajaran Sesat mau melenting PAS bagai nak rak... tolonglah jawab isu ni wahai lebai PAS

Saturday, 12 January 2013

#112 JADIKAN KANAK-KANAK SEBAGAI HAMBA DEMONSTRASI PAKATAN HARAM!!!

Bila akal sejengkal, sikap taksub kepada politik terlalu mendalam sehingga tidak mengenal antara baik & buruk, golongan PAS ini sanggup menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa mereka di dalam perhimpunan beruk-beruk #112 untuk menjadi hamba kepada peliwat Anwar ibrahim.

Walaupun perhimpunan ini adalah bagi menyokong PENGUNAAN KALIMAH ALLAH kepada KRISTIAN!! membenarkan pluralisma agama berleluasa.. tetapi mereka tidak sedar-sedar apabila hati sudah tertutup dengan kata-kata & hasutan Manusia bertopengkan agama & nafsu untuk berkuasa.



Friday, 11 January 2013

MELAYU KUDA TUNGGANGAN DAP BERKELIARAN DI DATARAN KELAB SULTAN SULAIMAN

Secara terang-terangan orang melayu islam kini dah menjadi pencacai kepada DAP, bukti gambar terbaru yang di ambil ini di Dataran Kelab Sultan Sulaiman, yang menghairankan kenapa tidak bendara PAS atau PKR?

Nampaknya DAP dah mulai mendominasi pemikiran orang-orang melayu bagi menyokong ideolgi mereka terutama dalam isu-isu yang menentang kepada perpaduan islam.. & menyokong ideologi songsang.

Monday, 7 January 2013

Video Lebai PAS layan K-POP!!

Semalam berlangsung ceramah dan konsert K-Pop di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Apa yang menariknya program ceramah agak hambar dek kerana rakyat di sekitar Permatang Pauh dah terlalu muak dengan momokan yang meremehkan minda mereka.

Penceramah seperti biasa tak habis dengan pembohongan ..fitnah malah hasutan agar rakyat turun ke demo yang bakal berlangsung tak lama lagi hanyalah satu skrip kitar semula.

Paling menarik dalam demo tersebut melihat akan gelagat pak lebai dan para pengikut pakatan. Mereka tak berganjak dek kerana gelekan beberapa Ahmoi diatas pentas.. Korang tengok sendiri gelagat para penyokong pakatan..dek gelekan Ahmoi atas pentas langsung mata tak berpaling ke arah lain..Dah tak ada modal lain selain menggunakan perempuan menari diatas pentas untuk elak orang ramai beredar..

Ini bukan kebangkitan rakyat.. Ini nak membangkitkan nafsu serakah.. Apa yang menarik..dalam masa orang Umno dan umat Islam sibuk dan cemas mengenai isu nama Allah dan amanat Hadi..puak pakatan layan K-Pop..



blog sahabat Pisau.net

Sunday, 6 January 2013

UMNO terus Kafir dimata PAS : DAP di angkat & disanjung!!!

Nampaknya pertembungan di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan para ulama muktabar dari kalangan para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa tidak dapat dielakkan lagi bagi menghurai “dosa-dosa” amanat politik Presiden PAS itu.

Sebagaimana maklum, Hadi meminta tempoh berdurasi selama satu jam untuk berforum di kaca televisyen dan bersemuka bersama para ilmuan Islam yang selama ini mendesaknya untuk menarik balik amanat songsang itu.
Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beliau hanya menunggu permohonan rasmi dari pihak Abdul Hadi untuk meneruskan forum “meletop” itu dan beliau dijangka akan memberikan maklum balas positif terhadap permohonan tersebut.

Persoalannya, bila Abdul Hadi nak hantar surat permohonan itu kepada kementerian terbabit? Atau Hadi hanya cakap saja lebih, tapi sebenarnya penakut di sebalik jubah meleretnya?

Sebagaimana maklum, ikhtilaf di kalangan ulama sememangnya salah satu insiden yang biasa berlaku di kalangan para ilmuan Islam dalam melakukan ijtihad, khususnya apabila melibatkan hukum hakam dan kepentingan Islam.

Saya yakin, sekiranya Abdul Hadi berforum atau bermuzakarah dengan para Mufti serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan nanti, sudah tentu ia akan berakhir dengan keputusan yang membabitkan percanggahan pendapat.

Hadi tidak mungkin akan mengalah memandangkan dia berkiblatkan politik.
Manakala para ilmuan Islam yang terdiri dari para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa itu pula sudah tentu akan mempertahankan fahaman Islam serta kepentingan ummmah di negara ini dengan meminta Presiden PAS itu menarik balik amanatnya.

Saya berpendapat, forum atau muzakarah itu tidak akan mencapai kata sepakat atau persetujuan di antara Abdul Hadi atau ulama-ulama yang mewakili Islam itu.

Jadi, janganlah para muslimin dan muslimat di negara ini memberikan harapan tinggi agar perkara ini dapat dihuraikan kekusutannya sebagaimana yang kita mahu. Hadi tidak mungkin mengiktiraf lebih tiga juta orang UMNO sebagai penganut agama Islam.

PAS sudah semestinya gembira apabila melihat umat Islam di negara ini tidak bersatu, berpecah belah dan adalah menjadi bonus bagi mereka bila “Tok Guru” mereka itu menganggap UMNO sebagai kafir dan wajar diperangi.

Saya yakin PAS tidak pernah rasa berdosa mengkafirkan saudara seagama sendiri dan sebaliknya mereka sangat merasa bangga dapat bersahabat dengan “syaitan-syaitan” yang bertopengkan manusia sebagai sekutu demi mengejar kuasa di dunia.

Begitulah jika jiwa sudah bertuhankan politik. Direndam di dalam “clorox” sekali pun, mereka tetap tegar menolak yang haq dan menonggak yang batil. Itulah PAS, dulu, kini dan mungkin selamanya…